Showing posts with label astro arena. Show all posts

 

Keputusan Live Streaming Bola Sepak Malaysia vs Kemboja 20 September 2014 Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSEDIAAN KE PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan terkini : Malaysia 4-1 Kemboja


Setelah dua kekalahan berturut-turut skuad kendalian Dollah Salleh, mereka beralih kepada negara Kemboja yag dilihat sebagai pasukan picisan untuk melakar kemenangan sulung. Skuad Harimau Malaya tunduk kepada Tajikistan 1-4 dan terbaru Indonesia dengan jaringan 0-2.



Jika dilihat dari corak permainan, pasukan kebangsaan Malaysia tidak pernah berubah. Kita gemar bermain hantaran jauh dan penguasaan bola yang sangat lemah. Ini memaksa bahagian pertahanan bekerja lebih keras dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan.



Berbeza dengan skuad junior yang lebih nampak keserasian dan corak permainan yang lebih kemas. Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-154 dunia (Asia ke-28) manakala Kemboja di kedudukan 199 (kedua tercorot di Asia). Tiada alasan buat Malaysia kali ini. Mungkin terlalu awal untuk menyalahkan jurulatih baru tetapi corak dan taktik masih di takuk lama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Asia Incheon 2014 | Lee Chong Wei Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DAPAT LALUAN SUKAR



Pasukan badminton negara bakal berdepan cabaran getir dari China untuk kategori berpasukan lelaki dan wanita. Selepas bola sepak memulakan sesi perlawanan lebih awal di peringkat kumpulan, kini acara badminton akan membuka tirai pada 20 September - 4 Oktober 2014.



Dalam sesi undian bulan lepas pasukan lelaki mendapat bye pada pusingan pertama tetapi bakal berdepan dengan China sekiranya mara ke separuh akhir. Bagi kategori wanita pula kita mendapat bye dalam pusingan awal dan akan berdepan dengan China di suku akhir.




Kita lebih meletakkan harapan untuk pasukan lelaki untuk mara ke akhir dan tidak mustahil juga pasukan wanita akan melakukan kejutan. China diperkuatkan dengan kehadiran bekas jaguh dunia dan musuh lama Lee Chong Wei, Lin Dan. Beliau dijangka menjadi perseorangan kedua menentang Chong Wei Feng.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Sepak Malaysia vs Indonesia 14 September 2014 Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERSEDIAAN KE PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan akhir : Malaysia 0-2 Indonesia


Skuad senior kebangsaan akan menentang pasukan Indonesia dalam aksi persahabatan sebagai persediaan sebelum Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 nanti. Karier Dollah Salleh sebagai jurulatih Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila Harimau Malaya tumpas di tangan Tajikistan 1-4 bulan lalu.



Di saat beberapa pemain utama terlibat dengan Piala Asia di Incheon hari ini, Dollah Salleh perlu menurunkan pemain lain untuk menilai sejauh mana potensi mereka di peringkat antarabangsa. Kemenangan sudah pasti diharapkan peminat tempatan apatah lagi Indonesia merupakan musuh utama dalam saingan Asia Tenggara.



Sama-sama kita memberi sokongan moral kepada anak buah Dollah Salleh yang mungkin dapat memberi sinar menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 pada bulan November nanti. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Komanwel Glasgow 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA LEE CHONG WEI



Misi mempertahankan pingat emas sukan badminton bakal ditempoh tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei buat pertama kali tahun ini kerana kecederaan. Sejak tahun 2006, Malaysia menggungguli kategori badminton dengan pungutan 4 pingat emas yang menjadi penyumbang terbesar kepada kontinjen negara. Sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Komanwel 2014 ialah 7 pingat emas sahaja.



Dalam acara badminton, sebanyak 6 pingat emas dipertandingkan antaranya bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran dan kategori berpasukan. Pendedahan kepada pemain muda ini perlu sebelum kita membuat persiapan untuk Sukan Asia di Korea nanti.



Memandangkan Sukan Komanwel tidak disertai oleh jaguh badminton dunia separti China, Korea Selatan, Indonesia dan Denmark, Malaysia dijangka menerima tentangan sengit dari negara England dan India sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Final Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL GAGAL KE PUSINGAN AKHIR

JADUAL PERLAWANAN FINAL PIALA DUNIA 2014, JADUAL ARGENTINA VS GERMANY ASTRO FIFA WORLD CUP 2014

Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Pertembungan Final Piala Dunia 2014 bakal mengimbau kenangan 24 tahun yang lalu. Sewaktu Piala Dunia 1990, Jerman yang ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat menewaskan Argentina yang diketuai Diego Maradona selaku juara bertahan. Pemain Jerman dibarisi nama-nama hebat seperti Klinsman, Lothar Matthaeus dan Rudi Voeller.



Sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Jerman pada minit ke-85 meranapkan impian Argentina untuk menjadi negara pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Piala Dunia 2 kali berturut-turut. Apakah episod duka tersebut bakal berulang di saat Messi mencapai zaman kemuncak beliau.



Jerman seperti yang kita tahu sudah membelasah Brazil 7-1 di peringkat separuh akhir. Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva nyata memberi impak besar kepada pasukan Brazil. Mungkin kekalahan besar tersebut dapat dielakkan jika Scolari membuat tindakan pantas mengeluarkan Marcelo yang banyak melakukan kesilapan di benteng pertahanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA KE SEMI FINAL


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Piala Dunia 2014 kini sudah memasuki pusingan separuh akhir atau semi final. Hanya selangkah saja lagi untuk 4 negara ini melayakkan diri ke pusingan akhir. Antara Brazil (tuan rumah) atau Jerman dan Argentina atau Belanda, pasukan manakah lebih bertuah? Ramalan awal pertemuan jiran setempat benua Amerika Latin masih lagi mempunyai harapan. Brazil dan Argentina masing-masing perlu menewaskan pencabar dari Eropah untuk mara ke final.



Namun usaha mereka bakal diharungi tanpa kelibat pemain utama. Brazil kehilangan Neymar dalam aksi suku akhir menentang Colombia. Terjahan keras Zuniga mencederakan tulang belakang Neymar yang terpaksa melupakan baki perlawanan di Piala Dunia 2014. Begitu juga dengan Angel Di Maria yang dijangka berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami di awal perlawanan dengan Belgium.



Sejarah menunjukkan belum ada negara Eropah yang menjulang Piala Dunia ketika diadakan di benua Amerika Utara dan Selatan. Apakah sejarah baru bakal tercipta untuk edisi kali ini? Jerman mempunyai kekuatan tersendiri. Neuer antara penjaga gol terbaik dunia yang mampu menggagalkan percubaan Brazil ke gawang Jerman.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA MASIH SELAMAT


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Persaingan pusingan kedua atau 16 terakhir berkesudahan dengan penuh dramatik. Dari 8 perlawanan, 2 berakhir dengan sepakan penalti dan 3 berakhir dalam masa tambahan. Hanya 3 perlawanan sahaja yang berjaya ditamatkan dalam masa 90 minit. Sangat sengit dan kesemua negara yang layak ke pusingan kedua bukan calang-calang.



Brazil yang juga pasukan pilihan perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka Julio Cesar yang menyelamatkan 2 sepakan penalti pemain Chile setelah kedudukan berakhir 1-1 dalam masa tambahan. Colombia pula mudah menyingkirkan Uruguay yang kehilangan 'Si Gigi' Luis Suarez 2-0.



Belanda pula hampir-hampir tersingkir ketika menentang Mexico dan memerlukan gol di akhir permainan untuk mara. Dalam perlawanan itu buat pertama kalinya waktu rehat atau 'cooling break' diperkenalkan. Cuaca panas di Brazil menyebabkan perlawanan yang dilangsung pada jam 1 petang (waktu tempatan) terpaksa dihentikan seketika ekoran proses hidrasi yang begitu pantas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan 16 Terakhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KUASA BESAR EROPAH TERSINGKIR


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2014. Siapa sangka Costa Rica mampu layak ke pusingan kedua atau 16 terakhir? Algeria pula mengiringi Nigeria sebagai wakil benua Afrika yang masih bertahan dalam kempen kali ini. Malang bagi benua Asia yang tiada wakil dalam pusingan seterusnya selepas persembahan mengecewakan di peringkat kumpulan.



Peminat bola sepak Asia mengharapkan Jepun atau Korea Selatan pergi lebih jauh kali ini. Antara kuasa besar Eropah yang tersingkir awal adalah Sepanyol, Italy, England dan Portugal. Turun selaku juara dunia 2010, Sepanyol menjadi korban taktikal jurulatihnya yang meletakkan Diego Costa (pemain kelahiran Brazil) sebagai penyerang utama.



Di Altelico Madrid, Diego Costa merupakan penyerang berbisa setaraf Ronaldo dan Messi. Kenapa persembahan di liga domestik semata-mata menjadi ukuran kepada Vicente Del Bosque? Adakah beliau lupa Sepanyol bermain 'tiki-taka' yang bertentangan dengan cara permainan Diego Costa? Pemilihan David Villa dan Torres mungkin lebih bijak kerana mereka lebih faham tradisi Sepanyol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Piala Dunia 2014 Di Astro & RTM | Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SELAMAT MENONTON



Astro selaku penyiar rasmi Piala Dunia 2014 akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan dari peringkat kumpulan hingga ke pusingan akhir. Bagi mereka yang melanggan Astro anda boleh saksikan semua perlawanan di saluran HD 821 / 841 dan Astro Arena 801.



Bagaimana bagi mereka yang tiada Astro? Jangan risau anda boleh saksikan secara langsung 24 perlawanan terpilih dan 11 siaran tertunda di RTM 1 RTM 2 dan TVi. Untuk mereka yang suka tengok live streaming anda boleh pergi ke link ini.



Demam bola sepak kembali lagi. Pasukan manakah yang anda sokong? Siapa yang belum buat team fantasy boleh register sekarang di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN

18 hingga 25 Mei 2014, India


Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor satu dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Yaman 5 Mac 2014 Kelayakan Piala Asia | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SERAH PADA TAKDIR


Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Yaman

Datuk Ong Kim Swee mampu menjadi penyelamat atas kesilapan besar FAM yang mempertaruhkan nasib Malaysia dalam edisi kelayakan Piala Asia 2015. Walaupun harapan untuk layak agak tipis, sekurang-kurangnya peminat sudah melihat perubahan jelas dalam pemilihan pemain pasukan kebangsaan dan taktikal baru OKS.



Baki satu perlawanan malam ini harus digunakan Harimau Malaya sebagai lembaran baru dan suntikan semangat untuk lebih banyak kejayaan selepas ini. Kumpulan ini mampu pergi lebih jauh di bawah bimbingan Datuk OKS. Dalam pertemuan dengan Filipina tempoh hari, peminat dapat menyaksikan peningkatan mutu permainan mereka. Cuma nasib tidak menyebelahi kita.



Yaman merupakan negara paling lemah dalam kumpulan D. Setakat 5 perlawanan, mereka masih gagal mengutip sebarang mata. Sebelum ini, Malaysia pernah menang 2-1 di Stadium Bukit Jalil dalam bulan Mac 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Filipina 1 Mac 2014 di Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN PERTAMA DATUK OKS


Keputusan akhir : Malaysia 0-0 Filipina


Datuk Ong Kim Swee buat pertama kalinya bakal memimpin pasukan Harimau Malaya menentang Filipina malam ini. Tumpuan peminat bola sepak tanah air pastinya kepada corak taktikal dan pemilihan pemain yang akan diturunkan. Jika sebelum ini nama OKS sinonim dengan pasukan remaja, tetapi malam ini beliau bersama pasukan senior.



Jika dilihat pada ranking dunia, Filipina jauh meninggalkan pasukan kebangsaan. Ini semua berpunca dari persembahan buruk sepanjang tahun 2013 yang hanya menghasilkan 2 kemenangan. Ong Kim Swee adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Rajagobal yang seolah-olah sudah semakin buntu.



Sama-sama kita memberi sokongan moral kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee yang mungkin dapat memberi sinar menjelang perlawanan terakhir Piala Asia 2015 menentang Yaman nanti. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII | 17 Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAHANG KENA TUNTUT BELA

LIVE PAHANG VS LIONS XII SINGAPORE 17 JAN 2014 DI ASTRO, LIVE STREAMING PAHANG VS LIONS PIALA SUMBANGSIH 2014

Keputusan akhir : Pahang 1-0 Lions XII

Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal membuka tirai minggu ini. Bagi menghangatkan saingan musim baru, kita akan disajikan dengan perlawanan Sumbangsih 2014 untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden FAM yang kita cintai. Negeri kelahiran Tuan Presiden dan kebanggaan Datuk Siti Nurhaliza, Pahang Darul Makmur yang menjadi Juara Piala Malaysia 2013 akan menentang Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII dari Singapura.



Skuad Lions XII yang mendapat latihan di Liga Malaysia inilah juga yang menewaskan pasukan Harimau Muda kita di Sukan SEA 2013 yang lalu. Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 dan pulang tangan kosong. Bagi mengubat duka itu, Pahang perlu menuntut bela atas kekalahan tersebut.



Sebenarnya aku pun baru perasan yang Piala Sumbangsih ni bersekali dalam kalendar Liga Super Malaysia. Maksudnya pasukan yang menang dalam 90 minit akan dapat 3 mata. Kalau seri mereka akan bermain penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 21 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU PINGAT GANGSA

MALAYSIA VS SINGAPURA TEMPAT KE 3/4 SUKAN SEA 2013, LIVE TEMPAT PINGAT GANGSA MALAYSIA VS SINGAPORE

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura

Harapan untuk melihat pasukan Harimau Muda melengkap hatrick pingat emas Sukan SEA berkecai apabila tendangan penaliti terakhir pemain Indonesia masuk menerjah gawang menewaskan Idzham Tarmizi. Begitulah agaknya kesedihan yang dirasakan oleh pemain Indonesia sewaktu kalah dalam final Sukan SEA 2011. Mungkin ada kelemahan yang kita boleh perbaiki untuk masa akan datang.



Peminat tidak boleh menyalahkan pemain Malaysia 100% kerana dari awal-awal lagi kita sudah diuji dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang sudah berlatih selama 2 tahun bersama skuad emas ini. Sususan jadual perlawanan juga tidak memihak kepada kita dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan dipaksa bermain pada waktu 4.00 petang.



Hanya mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa penatnya beraksi di dalam cuaca panas. Indonesia pula agak beruntung kerana mendapat kelebihan rehat satu hari berbanding pasukan Malaysia. Jadi faktor begini perlu dinilai sebelum kita meletakkan kesilapan di bahu mereka. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 19 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH SAJA LAGI

LIVE SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU VS GARUDA INDON

Kedudukan semasa : Malaysia (3) 1-1 (4) Indonesia

Malaysia akhirnya menepati ramalan layak ke pusingan separuh akhir walaupun dipaksa bertahan dalam perlawanan menentang Vietnam. Kita gagal menyaingi kepantasan permainan yang ditunjukkan pemain mereka yang begitu inginkan kemenangan. Akhirnya gol lewat perlawanan sekali lagi membantu dan menyusun pertemuan dengan Indonesia.



Gandingan dua penyerang nampaknya kurang berhasil dalam perlawanan besar. Datuk Ong Kim Swee perlu menurunkan Nazmi Faiz di bahagian tengah untuk mengawal tempo permainan. Antara Thamil dan Rozaimi perlu bersaingan untuk mengisi posisi serangan. Saavindran dan Ashri Chucu bermain cemerlang dan boleh dikekalkan.



Formasi 4-5-1 nampak lebih sesuai dengan Malaysia kerana kita bermain secara posession football. Indonesia yang berjaya menewaskan Myanmar tidak boleh dipandang mudah. Mereka juga finalis bola sepak Sukan SEA 2011 sebelum tewas sepakan penalti kepada Harimau Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 17 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

JANGAN KALAH!

SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU MUDA VS VIETNAM B23 17 DIS 2013, JADUAL MALAYSIA VS VIETNAM SUKAN SEA 2013

Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Vietnam

Petang ini adalah penentu sama ada Malaysia akan layak ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 atau pulang dengan tangan kosong. Peluang awal terlepas apabila kita hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura tempoh hari. Malaysia tidak boleh kalah dalam perlawanan menentang Vietnam jika mahu layak seterusnya menjadi juara kumpulan.



Ya benar. Kalau Malaysia seri sekalipun kita akan menjadi juara kumpulan. Kenapa? Nanti kita akan lihat. Jika layak ke pusingan separuh akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia yang tidak disangka-sangka menewaskan tuan rumah yang penuh kontroversi, Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Walaupun berkongsi mata, tetapi format Sukan SEA mengambil kira pertemuan kedua pasukan yang terlibat. Apabila Indonesia berjaya mengalahkan Myanmar secara automatik perbezaan jaringan tidak dikira. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 15 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

LAYAK ATAU TUNGGU DULU


Kedudukan akhir : Malaysia 1-1 Singapore

Menang petang ini Malaysia akan layak ke pusingan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2013. Malaysia sudah mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan setakat ini manakala Singapura dengan 7 mata dari 3 perlawanan. Perlawanan terakhir kedua pasukan ketika Pesta Bola Merdeka 2013. Dalam perlawanan itu Harimau Muda menang 1-0.



Datuk Ong Kim Swee menegaskan kepada para pemain supaya fokus sepenuhnya dalam perlawanan nanti dan menggunakan kelebihan kecergasan kita berbanding pasukan Singapura yang akan menamatkan saingan peringkat kumpulan hari ini.



Jika Malaysia menang, kita akan mendahului kumpulan A dengan 9 mata dan Singapura di tempat kedua dengan 7 mata. Sebelum ini Singapura menang ke atas Vietnam 1-0 dan Brunei 2-0 tetapi seri dengan Laos 1-1. Malaysia pula menang kedua-dua perlawanan dengan Brunei (2-0) dan Laos (4-1).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Laos Sukan SEA 2013 | 13 Disember Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU 3 MATA

ASTRO LIVE MALAYSIA VS LAOS 2013

Keputusan akhir : Malaysia 4 - 1 Laos

Setelah berhempas pulas untuk menang dalam perlawanan pembukaan menentang Brunei, Malaysia perlu meningkatkan dan perbaiki kelemahan yang sangat ketara dalam perlawanan tersebut. Mungkin masalah mencari rentak menjadi punca pertahanan negara mudah dibolosi berkali-kali. 



Adakah Malaysia memandang rendah keupayaan Brunei yang dibelasah teruk oleh Vietnam? Pemain Harimau Muda banyak membuat kesilapan dalam penguasaan bola dan Brunei menggunakan pemain pantas mereka untuk melakukan counter attack. Mujurlah penyudah mereka kurang tajam. Terselamatlah kubu Malaysia daripada dibocori malam kelmarin.



Datuk Ong Kim Swee perlu menggandingkan Thamil dan Rozaimi di bahagian serangan. Izzaq Faris tidak banyak membantu dalam perlawanan menentang Brunei. Sepatutnya beliau menggunakan kelebihan fizikal yang tinggi untuk menanduk hantaran berbahaya dalam kotak penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia B23 vs Brunei B23 Sukan SEA 2013 | 10 Disember Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MISI BERMULA

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS BRUNEI 10 DISEMBER SUKAN SEA MYANMAR, SUKAN SEA BRUNEI VS MALAYSIA LIVE ASTRO

Keputusan akhir : Malaysia 2 - 0 Brunei

Perlawanan pembukaan Harimau Muda menentang pasukan Brunei B23 petang ini. Brunei sebelum ini dibelasah teruk oleh Vietnam dengan kekalahan 7-0. Malaysia harus mengambil peluang ini kerana Singapura seri dalam perlawanan menentang Laos. Mampukah anak buah Ong Kim Swee mengutip 3 mata?



Perlawanan pertama sememangnya agak sukar kerana pemain perlu menyesuaikan diri dengan padang secepat mungkin. Kemenangan besar Vietnam tidak boleh dijadikan ukuran kerana Brunei sudah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa. Apa yang boleh kita lakukan ialah mencari gol seawal mungkin kerana ini akan menaikkan semangat para pemain.



Datuk Ong Kim Swee boleh meletakkan gandingan penyerang mantap Harimau Muda, Thamil Arasu dan Rozaimi untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Jangan bolos dan cuba jaringkan gol sebanyak mungkin kerana ini dapat memberikan bonus sewaktu penentuan juara kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/