1
COMMENT
Keputusan Manchester United vs Manchester City 12 April 2015
Penulis: Que | Kategori: 2014-2015 , astro supersport , bola sepak , EPL , jadual , keputusan perlawanan , live streaming , louis van gaal , manchester city , manchester united , rekod , siaran langsung , sukan , waktu malaysia
PELUANG UNITED AKHIRI BADI
Keputusan akhir : Manchester United 4-2 Manchester City
Perlawanan derby ke-169 malam ini merupakan medan terbaik untuk Manchester United menamatkan badi kekalahan 4 kali berturut-turut kepada musuh tradisi setempat, Manchester City. Prestasi terkini pasukan yang semakin meningkat menjadikan United sebagai pasukan pilihan. Dalam perlawanan pertama di Etihad, United tewas 0-1 melalui jaringan Aguero selepas dipaksa bermain 65 minit dengan 10 orang pemain.
Kini Manchester United berpeluang mengukuhkan kedudukan dalam tempat 4 teratas dan mencabar Arsenal yang mencatatkan kemenangan ke-8 berturut-turut awal pagi tadi. City berada di tangga ke-4 kurang satu mata dari pasukan United. Jika mahu menang, Louis Van Gaal perlu mengekalkan kesebelasan sedia ada yang semakin serasi dan menunjukkan peningkatan.
Dominasi di bahagian tengah amat penting jika sesebuah pasukan ingin memenangi perlawanan. Trio Carrick, Fellaini dan Herrera akan berdepan gandingan Yaya Toure, Fernandinho dan mungkin Fernando jika Manchester City menukar formasi 4-3-3. Rooney dan Aguero masing-masing akan buktikan siapa lebih berbisa dalam situasi sebegini.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq