Home » , , , , , , , , , , , » Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti

Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAMERAN BAKAT



Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2015 bermula 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Perubahan lokasi berhampiran Jambatan Gemilang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.



Bertemakan 'Showcase Of Talent' atau 'Pameran Bakat', program kali ini menggalakkan pembangunan bakat belia. Mereka akan dibahagikan kepada empat zon  mengikut tema iaitu Zon Utara (Minda), Zon Timur (Aktif), Barat (Komuniti), Selatan (Seni dan Budaya). Terdapat 1 lagi zon baru yang diwujudkan iaitu Zon Lasak (Ekstrem).



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah belia berselawatpameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, seni mempertahankan diri, seni tarian dan banyak lagi. Aktiviti baru yang diperkenalkan adalah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan mentor-mentor Rakan Muda.



Program belia berselawat atau malam Indahnya Bermunajat akan diadakan pada 21 Mei (Khamis) pukul 9 malam bertempat di pentas utama. Pada majlis itu ia akan disertai oleh ikon qasidah dan selawat daripada dalam dan luar negara.







Dapatkan jadual penuh aktiviti sempena Festival Belia Putrajaya 2015 di sini 



Lokasi Festival Belia Putrajaya 2015


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets