Home » , , , , , , , , , » Siaran Langsung Super Spontan 2014 Astro Warna & Mustika HD

Siaran Langsung Super Spontan 2014 Astro Warna & Mustika HD

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LAWAK SPONTAN KEMBALI



Setelah menobatkan Zizan Razak dan Jep Sepahtu sebagai juara pada musim terdahulu, program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan. Program realiti yang sudah pun memasuki musim yang ketiga ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro WARNA di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 29 Ogos 2014, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).



Seramai 14 orang peserta lawak akan membarisi rancangan Super Spontan 2014. Kumpulan pertama dinamakan Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.



Manakala kumpulan kedua dengan nama Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.



Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana. Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.



Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka. Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.



Siaran Langsung Warna Super Spontan 2014


Setiap Jumaat bermula 29 Ogos 2014

10.00 malam

Astro Warna (132) Mustika HD (134)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Siaran Langsung Super Spontan 2014 Astro Warna & Mustika HD "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets