Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KE MANA PERGINYA SENGAT ARSENAL?





Masih ingatkah anda pada pasukan Invincible 2003-2004? Mereka mencipta rekod EPL dengan menghabiskan 38 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim. Dengan 26 kemenangan dan 12 seri menjadikan keseluruhan 90 mata untuk Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada waktu itu. Mereka juga menjadi pasukan yang mengutip jumlah jaringan paling banyak (75 gol) dan bolos yang paling sedikit (26 gol).



Tidak cukup dengan itu, Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah hingga 49 perlawanan (rekod baru EPL) sehinggalah mereka tewas kepada Manchester United 2-0 pada musim berikutnya. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Arsene Wenger bersama Arsenal. Thierry Henry menjadi ayam tambatan. Kerjasama dan taktikal counter attack sememangnya menarik untuk ditonton.




Senarai barisan pemain Arsenal musim 2003-2004 (The Invincible)

SENARAI PEMAIN ARSENAL THE INVINCIBLE 2003 2004, HENRY VEIRA LJUNGBERG PIRES CAMPBELL



Musim 2004-2005 pula menyaksikan kahadiran seorang pengurus muda yang berasal dari Portugal. Jose Mourinho , The Special One memecah dominasi 2 kelab terhebat waktu itu, Arsenal dan Manchester United. Chelsea akhirnya menamatkan kemarau 50 tahun dalam dengan menjuarai liga domestik.



Arsenal berjaya memenangi Piala FA Inggeris setelah menewaskan Manchester United dalam penentuan sepakan penalti. Itulah saat terakhir Arsenal meraikan trofi mereka. Kemarau trofi Arsenal kini sudah berlarutan hingga 8 tahun 3 bulan (pada ketika entri ini ditulis). Macam mana aku boleh tahu dengan begitu detail tentang tempoh masa itu?



Ada sebuah laman web yang direka khas untuk memudahkan anda melihat tempoh masa sejak kali terakhir Arsenal menjuarai sebarang trofi. Sila lihat gambar screenshot di bawah.



LAST TROPHY ARSENAL WON, TROFI TERAKHIR ARSENAL 2003




Nah, sampai ke 'saat' laman web ni kira masa. Ini bermakna memang sudah sangat lama hingga ada orang sediakan laman web untuk membantu mereka yang mencari angka sebenar bila trofi terakhir pasukan Arsenal.



Ini pula adalah senarai pemain yang dijual Arsenal dan sudah pun mengumpul 56 trofi di 19 buah kelab. Renungkan wahai peminat Arsenal.




Selamat mencuba!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ?? "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets