Tengku Abdullah 

Tengku Abdullah anggap tukar presiden FAM tak jamin kejayaan mendadak skuad kebangsaan


Kuantan: Seandainya kepimpinan sedia ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu ditukar kepada yang baru, seorang pengganti yang baik dan mampu membawa kejayaan perlu dicari, kata Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.



Aiyo, dia ni main bedal je. Dah tentu ramai lagi yang berkaliber kot nak jadi Presiden. Yang pasti kami tak nak orang politik atau kerabat! Menyemak je. Protokol satu hal. Kebal sangat sampai tak boleh ditegur. Nampak orang bagus dorang cantas.



Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, langkah merombak pengurusan tertinggi badan induk itu juga bukan satu jaminan skuad bola sepak negara akan memenangi semua perlawanan.



Apa punya ban*ang statement ni?? Nak cakap banyak macam bagus pulak. Aku bagi contoh la. Pasukan ranking yang tinggi macam Spain, Brazil, Argentina, Holland & Italy pun ada kalah weh. Tak de lagi team yang menang sokmo lepas tukar pengurusan. Apa yang pasti peningkatan dan perubahan yang peminat mahukan!



Bila pasukan negara kalah, macam-macam (FAM) kena tuduh, bila menang tiada pula yang hendak kaitkan semua ini (lepaskan jawatan).



Memang FAM kena target untuk menang kan. Kalau target untuk kalah baik duk dalam istana je.



“Malah, desakan pun tidak seharusnya bertalu-talu, harus lebih praktikal, kalau nak tukar yang baru kena cari pengganti yang baik yang boleh membawa kejayaan,” katanya selepas melawat kediaman mangsa banjir di Kampung Sungai Galing, di sini, semalam.



Letak jawatan dulu baru kita tau pengganti bagus ke tak. Orang yang gila pangkat & kuasa ni memang degil!



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara yang meminta pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presidennya, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.


Lagu Presiden FAM Sila Letak Jawatan by Ultras Malaya




Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.



Ya betul tu. 28 tahun sebaya dengan usia aku dah. Tak kan tak cukup lagi masa yang diberikan?



Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.


Tengku Abdullah mengakui tindakan sekumpulan penyokong Harimau Malaya mendesak supaya presiden FAM meletak jawatan adalah hak kumpulan terbabit untuk bersuara.





“Sebenarnya ini isu berprofil tinggi... itu hak dia (kelab penyokong) nak bersuara dan juga hak presiden untuk jawab, saya tidak boleh jawab apa-apa.


Tidak dinafikan satu hari nanti kita semua kena tamatkan (berundur) secara baik atau secara tidak baik... termasuklah saya kerana ‘nobody is indispensable’ (tiada yang tidak boleh diketepikan) dan perkara ini adalah lumrah,” katanya.



Kami merayu agar Tuan Presiden bersama kroninya supaya mengundur diri supaya barisan baru dapat membentuk skuad yang lebih mantap ke Sukan Asia 2015.



Tengku Abdullah berkata, akan tiba masa perubahan perlu dilakukan dan pasukan negara perlu bangkit untuk meneruskan perjuangan.


Mengenai pendekatan berdiam diri yang diambil Sultan Ahmad Shah berhubung isu itu, Tengku Mahkota Pahang itu bertitah adalah hak baginda untuk menjawabnya atau tidak kerana masing-masing ada kebebasan bersuara.