5 Sebab Kenapa Tindakan Eden Hazard Tidak Profesional
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , capital one cup , chesea
Pelbagai reaksi terhadap insiden Eden Hazard yang menendang pengutip bola dalam perlawanan Semi Final Capital One Cup Khamis lalu. Ramai peminat Chelsea membela pemain kesayangan mereka yang dibeli dengan harga 35 Juta Euro itu. Mereka menyalahkan ball boy yang sengaja melengahkan masa ketika perlawanan berbaki 12 minit.
Updates : Video penuh insiden Hazard tendang budak di sini [klik]
Bagi aku sendiri sebagai pemerhati bebas, aku menyalahkan Hazard kerana gagal mengawal emosi (dia pindah Chelsea sebab kononnya nak menang piala sebanyak mungkin). Title European Champions mungkin menjadi kelebihan Chelsea mendapatkan pemain ini. Setelah kehilangan satu demi satu peluang untuk menang piala, Hazard amat tertekan dalam perlawanan ini ketika mereka hanya menentang pasukan Swansea.
Community Sheild - Gagal
European Super Cup - Gagal
UEFA Champions League - Gagal di peringkat kumpulan
Club World Club Championship - Gagal
English Premier League - Ketinggalan jauh
Capital One Cup - Gagal
Terbaru timbul berita yang FA England akan menilai semula kadar penggantungan perlawanan yang sepatutnya dikenakan kepada Eden Hazard. Secara teorinya, kad merah (straight bukan 2 kad kuning) akan digantung 3 perlawanan. Namun bilangan itu mungkin akan meningkat sekiranya FA membuat keputusan akhir.
Pada pemerhatian aku, ball boy tersebut sedang dalam perjalanan mengambil bola. Tiba-tiba beliau ditolak oleh Hazard dan jatuh ke atas padang. Jika anda berada di tempat yang sama apa yang akan berlaku?
Antara 5 sebab kenapa tindakan Eden Hazard tidak profesional.
1) Bola keluar adalah goal kick. Bukan corner kick. Kenapa Hazard perlu meluru mengganggu tugas orang lain.
2) Setiap perlawanan sudah disediakan linesman dan referee. Eden Hazard tidak perlu mengasari ball boy pun. Hanya perlu laporkan kepada pihak berkuasa.
3) Masa tambahan akan ditentukan oleh pengadil perlawanan bukan ball boy.
4) Anda pernah nampak bola yang ditendang sampai ke tempat duduk penonton? Ada ketika mereka bertindak untuk tidak pulang langsung bola itu. Tapi pengadil akan minta bola spare untuk teruskan perlawanan.
5) Pemain bola tidak dibenarkan menendang benda lain selain bola. Jika insiden berlaku sesama pemain foul dan kad kuning/merah akan diberikan.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 27, 2013 at 2:06 AM
baru tahu isu ni.... tak ikut peraturan.. haaaa emosi....
[Reply to comment]January 27, 2013 at 2:07 AM
tgh tgk man utd vs fulham ni.
[Reply to comment]January 27, 2013 at 7:07 AM
@leeza : besnye dpt tgk live. Aku xdpt tgk sbb gi cuti.xde astro. Huhu. Mng 4-1 kn