Archive for January 2011

 

Chelsea Merisik Fernando Torres | Lin Dan Tundukkan Pemain No 1 Dunia

Penulis: Que | Kategori:

Panass, mendebarkan, pelik tapi benar.. Desas desus perpindahan Fernando Torres ke Chelsea kini semakin hangat diperkatakan.. Siapa tak kenal Torres. Penyerang kebangsaan Sepanyol dan Liverpool yang cukup digeruni oleh mana2 defender pasukan lawan.. Memiliki penyudah yang berbisa serta skill kawalan bola yang tinggi menarik minat kelab ternama dunia untuk memancing khidmat beliau. 

Kredit : Google

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Korea Open Super Series 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Chong Wei ke final lagi. Kali ini beliau akan bertemu musuh ketat, Lin Dan (perlawanan yang dinantikan)  selepas menjuarai Terbuka Malaysia minggu lepas. Lin Dan, pilihan ke-6 kejohanan terpaksa menarik diri di pusingan suku akhir tempoh hari ekoran kecederaan belakang yang dialaminya. Chong Wei kini berada pada prestasi terbaik beliau dan perlawanan ini bakal menyajikan aksi-aksi menarik dari kedua pemain.

Kredit : BadmintonLife

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Astro Arena Perlukan Pengulas Sukan Profesional | Kelantan Juara Lagi

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Selamat bercuti panjang buat semua. Tadi aku sempat tengok perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2011 antara pasukan Kelantan dan Selangor. Saluran 801 Astro Arena menjadi pilihan aku. Namun apa yang mengecewakan aku ialah sikap profesionalisme Zainal Abidin Rawop dan Azlan Johar dalam membuat ulasan sepanjang perlawanan. Nampak bercelaru dan kadang-kadang macam syok sendiri. Sebagai seorang peminat bola sepak, apa yang biasa aku lihat, kehangatan sesuatu perlawanan bergantung pada cara penyampaian pengulasnya.



PENGULAS SUKAN ASTRO ARENA, AZLAN JOHAR,BOLA SEPAK PIALA SUMBANGSIH LIVE ASTRO ARENA



Astro Arena perlu melakukan sesuatu untuk mencari bakat baru yang berpengetahuan dengan susunan bahasa atau ayat yang lebih teratur. Maklumlah nama Astro kini terkenal sebagai penyiar sukan no. 1 di Malaysia. Lain pula kisahnya bila aku menukar ke saluran 101 (TV 1). Pengacara bertugas sangat tenang dengan nada suara yang mantap dan jelas. Selaku pengulas, mereka yang diamanahkan perlu bersikap profesional dengan tidak berat sebelah pada mana2 pasukan. Persediaan rapi pada malam sebelumnya amat membantu dalam penggunaan tatabahasa yang sesuai pada waktu tertentu. Bahasa pasar atau rojak amatlah tidak digalakkan kerana ianya boleh mengundang gelak ketawa pendengar. 


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pamer Aksi Sang Juara | Blackpool 2 - 3 Man Utd

Penulis: Que | Kategori: , ,

Manchester United bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 sebaik tamat masa perlawanan. United yang bermain kurang 1 perlawanan sebelum ini melayan pasukan Blackpool di Bloomfield Road, England. Perlawanan yang sangat mendebarkan buat penyokong Manchester United seluruh dunia kerana pencapaian luar biasa pasukan lawan pada musim ini.


Kredit : Soccernet

Alex Ferguson melakukan rombakan daripada skuad United yang membenam Birmingham Sabtu lalu dengan memasukkan Fletcher menggantikan Carrick yang tercedera, Scholes dan Gibson menggantikan Anderson dan Giggs yang beraksi cemerlang tempoh hari. Dengan formasi 4-5-1, Rooney dan Nani bermain di bahagian sayap untuk membantu Berbatov sebagai penyerang tunggal.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Misbun Sidek di atas kejayaan merangkul kejuaraan acara badminton perseorangan lelaki kali ke - 7 edisi Terbuka Malaysia sejak tahun 2004.  Walaupun mendapat tekanan hebat daripada seluruh rakyat Malaysia, sebagai wakil tunggal negara Datuk Lee Chong Wei bijak mengawal keadaan seterusnya memenangi pertemuan dengan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dengan straight set 21-8, 21-17.


 Kredit : Berita Harian 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Taufik Hidayat Halangan Terakhir Chong Wei | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Penulis: Que | Kategori:

Salam peminat badminton tanah air.. Kepada mereka yang menonton siaran langsung perlawanan separuh akhir petang semalam pastinya terhibur dan bangga dengan persembahan menyakinkan Datuk Lee Chong Wei menewaskan wakil tunggal China dalam perseorangan lelaki, Chen Long. Chong Wei yang mendapat sokongan padu peminat di Stadium Putra menang mudah straight set 21-9, 21-9 dalam masa 39 minit. Chen Long nampak seperti gagal membaca gerakan Chong Wei dan kerap kali melakukan kesilapan.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Chong Wei Harapan Tunggal Malaysia | Proton Malaysia Open Super Series 2011

Penulis: Que | Kategori:

Kejohanan yang masuk hari ke-5 menyaksikan wakil Malaysia semakin berkurang hari demi hari. Kekalahan beregu utama negara pada pusingan pertama mengejutkan ramai peminat badminton Malaysia. Tambahan pula kita beraksi di gelanggang sendiri. Bak kata Rexy, jurulatih beregu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong 'Pasangan kita sudah hilang taring dan corak permainan mudah dibaca oleh beregu China'. Peringkat suku akhir pula hanya menampilkan 2 wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki (Mohd Zakry Abdul Latif - Hoon Thien How) dan perseorangan lelaki siapa lagi kalau bukan pemain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Siapa? | Pembuangan Sampah Merata-rata

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Sampah?? Definisi am ~ benda-benda yang dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yang tidak dikehendaki (spt kertas kotor, botol, plastik).. Isu yang ingin diutarakan di sini ialah sejauh mana keprihatinan anda terhadap alam sekitar.. Adakah kita mahukan khazanah bumi bertahan untuk 10 atau 20 tahun dari sekarang?


membuang sampah merata-rata,tabiat buang sampah,kebersihan alam sekitar,gejala pembuangan sampah di malaysia,bilangan sampah dibuang setiap hari,berapa banyak sampah dihasilkan di malaysia,tanggungjawab membersihkan alam sekitar,kempen jaga kebersihan alam sekitarmalaysia kotor dengan sampah,dilarang membuang sampah merata-rata,poster buang sampah dilarang


Mengapa masalah ini bagai tiada penghujungnya? Merata-rata tempat di negara kita telah dibanjiri dengan sampah..Baik di laut, sungai, longkang, padang, jalan, taman perumahan, lot kedai dsb. Adakah kita sebagai rakyat mahu melihat negara kita kotor serta berpenyakit? Atau kita mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan segala sisa kotoran yang ditinggalkan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Malaysia Ranking ke - 142 Dunia | Juara Piala Suzuki AFF 2010

Penulis: Que | Kategori: ,

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia di atas kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF 2010. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Malaysia berjaya mendaki 2 anak tangga dari kedudukan 144 kepada 142 dunia dari 203 buah negara. Harap ini akan menjadi permulaan yang indah untuk mutu bola sepak tempatan yang sebelum ini dilanda episod duka.


Setelah bermacam2 usaha dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan era 'Super Mokh' dan rakan-rakan maka lahirlah generasi baru pemain Malaysia yang berdisiplin serta bersemangat tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran jurulatih yang berdedikasi, K.Rajagobal dilihat sebagai watak penting dalam merencana strategi kebangkitan skuad kebangsaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pemilihan Messi & Mourinho Sebagai Terbaik Dunia Memang Tepat

Penulis: Que | Kategori:

Majlis Anugerah FIFA Ballon d'Or 2010 berlangsung dengan meriahnya di Zurich semalam. Keputusan yang tidak boleh disangkal apabila Lionel Messi & Jose Mourinho masing2 ditabalkan sebagai pemain dan jurulatih terbaik dunia. Tidak seperti Anugerah Juara Lagu 25 yang menyaksikan kemenangan Ana Raffali yang menewaskan lagu pilihan aku 'Drama King'.. (Nak gak aku masukkan)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teka-Teki Anugerah Juara Lagu 25 & Piala FA Manchester United vs Liverpool

Penulis: Que | Kategori:

Dua rancangan 'Live' menarik malam ini.. Buat peminat industri hiburan tanah air, TV3 akan menyajikan siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-25 dari Stadium Putra Bukit Jalil.. Bagi peminat bola sepak Inggeris, perlawanan pusingan ke-3 Piala FA bakal menyaksikan pertembungan 2 gergasi Manchester United dan Liverpool terus ke kaca TV anda.. 


Ade tak yang layan 2-2 ni?? Sebab AJL mula awal so aku akan layan dulu..Kul 9.25pm tukar Starsport (channel Astro 813) tgk game Manchester United vs Liverpool..Half time kang tukar TV3 balik..Haha..Clash nak wat cmne kan.. So sapa pilihan korang tuk menang AJL & FA Cup malam ini??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jack Black Kembali Menyengal Dalam Filem Gulliver's Travels

Penulis: Que | Kategori:

Siapa yang tak kenal Jack Black ni.. Pelakon komedi yang sengal dan tak kering ngan idea yang tak masuk akal.. Aku minat ngan Jack Black selepas tengok aksi die dalam filem "Tenacious D in The Pick Of The Destiny"  [2006]..


Poster filem terbaru "Gulliver's Travels" menarik minat aku untuk menonton aksi Jack Black kali ini. Sempena Tahun Baru 2011, aku gi tengok wayang pada 1.1.11. Dari awal sampai habis cerita memang aku xleh tahan nak gelak..Haha..Lawak sangat tahap cipan..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Lelaki akan masuk gua bila??

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Selamat tahun baru 2011 kepada semua..Da lama tak update blog ni kan..Lately rasa macam nak hibernate sekejap..Cari idea baru untuk share ngan kawan-kawan..


Topik kali ni agak menarik. Selalu kita dengar salah faham serta pergaduhan baik suami isteri atau pun pasangan yang sedang hangat bercinta.. Sejauh mana kita kenal dengan pasangan kita?? Lelaki dan perempuan sangat berbeza dari segi perwatakan dan emosi.. Kelebihan lelaki pada akal mereka yang suka berfikir sama ada benda baik atau buruk. Manakala perempuan mempunyai kelebihan emosi dan gemar bercakap.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/