Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED KE-4 DALAM EPL



Bilangan jaringan gol mungkin tidak sepenting jumlah mata dalam liga. Tetapi ada ketikanya jumlah perbezaan gol bakal menentukan tempat pertama dan kedua bila mana kedua pasukan tersebut terikat pada mata yang sama. Musim ini United dilihat sering kali buntu apabila menguasai bola dan gagal mencipta peluang terbaik untuk penyerang menjaringkan gol.



Penjaring terbanyak United setakat 23 Mac 2015 adalah Wayne Rooney dengan 13 gol. Jumlah itu jauh ditinggalkan Diego Costa (19 gol), Harry Kane (29 gol), Sergio Aguero (23 gol) dan Oliver Giroud (17 gol) dalam semua pertandingan. Mungkin kerana keputusan Louis Van Gaal meletakkan Rooney di bahagian tengah tempoh hari menyekat peluangnya untuk menambah jaringan.



Robin Van Persie berada di tempat ke-2 dengan 10 gol. Berbeza ketika beliau menyertai Manchester United dalam musim pertama dengan 30 gol dalam 48 penampilan. Faktor-faktor seperti keletihan selepas Piala Dunia 2014, kecederaan dan kekerapan penukaran taktik mungkin memainkan peranan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIVERPOOL MILIKI KELEBIHAN


Keputusan akhir : Liverpool 1-2 Manchester United

Perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan semakin sengit. Chelsea mendahului senarai EPL untuk menjuarai liga diikuti Manchester City Arsenal, Manchester United, Liverpool, Southampton dan Tottenham. Hanya 7 mata membezakan tempat kedua dan ketujuh dengan baki 8/9 perlawanan.



Justeru perlawanan malam ini bakal memberi kelebihan psikologi kepada pasukan untuk meneruskan konsistensi hingga bulan Mei nanti. Permusuhan antara Liverpool dan Manchester United dalam arena bola sepak sudah lama wujud. Kejayaan Liverpool dalam era 70-an hingga 80-an disusuli United pada 90-an hingga tahun milenium.



Kemarau EPL Liverpool sudah masuk tahun ke-25. Musim lalu mereka hampir-hampir menamatkan penantian namun terkandas di garisan penamat. Musim ini mereka bermula agak perlahan kerana kecederaan beberapa pemain utama dan kehilangan penyerang berbisa Luis Suarez ke Barcelona.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA WAKIL ENGLAND



Prestasi kelab-kelab EPL menunjukkan penurunan sejak 4 tahun kebelakangan ini. Kegagalan ini menyamai rekod pada tahun 2013 di mana tiada satu pun wakil EPL beraksi di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Biarpun jendela perpindahan di England tampak meriah dengan kehadiran ramai pemain bintang, namun corak permainan fizikal dan pantas menjadi punca ramai antara mereka gagal menyerlah.



Ramai yang menyalahkan jadual padat dalam bulan Disember hingga Januari menjadi punca kelab-kelab Inggeris mengalami kejatuhan sebaik sahaja kejohanan Eropah bersambung pada bulan Februari. Jika di negara lain seperti Spain, Germany dan Italy, liga tempatan direhatkan 2 minggu supaya pemain dapat bercuti menyambut perayaan Krismas bersama keluarga.



Di England, mereka masih meneruskan 'Boxing Day' yang mana perlawanan liga tetap diteruskan selepas Krismas. Komitmen tinggi ini menyebabkan ramai pemain yang bukan berasal dari liga tempatan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/