Showing posts with label lee chong wei. Show all posts

 

Live Astro Semi Final Badminton Dunia 2014 | Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN PINGAT EMAS SULUNG NEGARA



Hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei sebagai wakil tunggal pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Semalam beregu negara tewas kepada pasangan Korea Selatan dengan straight set 18-21, 13-21. Hari ini dalam pusingan separuh akhir, Lee Chong Wei akan menentang pemain tuan rumah Denmark Viktor Axelsen yang juga pilihan ke-14 kejohanan.



Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China, Wang Zhengming 21-8 , 21-11. Menanti pemenang di final nanti adalah pilihan ke-2 Chen Long atau Tommy Sugiarto dari Indonesia. Rekod pertemuan kedua pemain Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen nyata memihak kepada pemain nombor satu dunia itu.



Dari 5 perlawanan, Lee Chong Wei menang semua dalam straight set dan kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Super Series Terbuka Denmark Oktober 2013. Seperti yang diketahui umum, edisi Badminton Dunia kali ini tiada penglibatan jaguh China Lin Dan. Jadi tumpuan peminat Malaysia terarah kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas pertama negara dalam sejarah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan & Keputusan BADMINTON DUNIA 2014 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2014 , COPENHAGEN DENMARK

JADUAL BADMINTON DUNIA 2014


Esok merupakan hari yang penting buat kontinjen negara ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark. Tumpuan dunia kini terarah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dijangka mampu melakar sejarah buat Malaysia. Lin Dan yang merupakan juara bertahan gagal melayakkan diri kerana kekurangan mata perlawanan badminton super series.



Kejohanan ini akan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2014 bermula dengan pusingan 64 hingga perlawanan akhir. Harapan Malaysia pastinya diletakkan kepada Lee Chong Wei untuk mengutip pingat emas pertama negara dalam sejarah kejohanan badminton dunia. Kita juga mengharapkan beregu emas Sukan Komanwel 2014 Goh V Shem / Lim Kim Wah untuk mara ke final.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu jaguh tuan rumah, Jan O Jorgenson atau Simon Santoso di separuh akhir. Halangan terakhir sudah pasti Chen Long yang diletakkan selaku pilihan ke-2 kejohanan. Walaupun tiada kelibat Lin Dan kali ini, Chong Wei perlu berhati-hati dengan kejutan pemain lain yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Komanwel Glasgow 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA LEE CHONG WEI



Misi mempertahankan pingat emas sukan badminton bakal ditempoh tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei buat pertama kali tahun ini kerana kecederaan. Sejak tahun 2006, Malaysia menggungguli kategori badminton dengan pungutan 4 pingat emas yang menjadi penyumbang terbesar kepada kontinjen negara. Sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Komanwel 2014 ialah 7 pingat emas sahaja.



Dalam acara badminton, sebanyak 6 pingat emas dipertandingkan antaranya bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran dan kategori berpasukan. Pendedahan kepada pemain muda ini perlu sebelum kita membuat persiapan untuk Sukan Asia di Korea nanti.



Memandangkan Sukan Komanwel tidak disertai oleh jaguh badminton dunia separti China, Korea Selatan, Indonesia dan Denmark, Malaysia dijangka menerima tentangan sengit dari negara England dan India sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Indonesia 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN



Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja menggunguli Terbuka Jepun Ahad lalu akan cuba mempertahankan status juara bertahan Kejohanan Badminton Djarum Terbuka Indonesia 2014. Kejohanan ini telah bermula pada 17 Jun lalu dan akan berakhir pada 22 Jun di Stadium Istora, Jakarta.



Sebelum ini Lee Chong Wei sudah 5 kali menjuarai Terbuka Indonesia (2007,2009,2010,2011,2013). Sudah pasti pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dengan tekanan dari penyokong tempatan. Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu Kenichi Tago atau Simon Santoso sekiranya berjaya mara ke pusingan separuh akhir.



Selain Datuk Lee Chong Wei, harapan negara juga tertumpu kepada Chong Wei Feng dan beregu Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong untuk mara ke pusingan seterusnya. Dalam kesibukan demam bola sepak Piala Dunia 2014, jangan ketinggalan untuk dapatkan infomasi terkini tentang  badminton Malaysia di blog ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIN DAN MAHU TEBUS KEKECEWAAN



Bekas juara dunia, Lin Dan nampaknya begitu bersemangat untuk menebus kekecewaan China dalam Kejohanan Piala Thomas tempoh hari. Beliau yang diletakkan selaku perseorangan ke-3 tidak dapat bermain di separuh akhir menentang Jepun kerana pasukannya sudah tewas 0-3. Strategi China nampaknya gagal membuahkan hasil kali ini.



Jepun pula mencatatkan sejarah selaku pasukan pertama yang berjaya memecah dominasi Malaysia, Indonesia dan China yang pernah menjuarai Piala Thomas. Kali ini di Kejohanan Badminton Super Series Jepun, pastinya pemain-pemain lawan ingin melunaskan dendam.



Malaysia diketuai Lee Chong Wei pastinya lebih merasai keperitan tewas di pusingan akhir dan gagal menamatkan penantian 22 tahun Piala Thomas. Mampukah Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir yang memungkinkan pertemuan beliau dengan Lin Dan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN

18 hingga 25 Mei 2014, India


Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor satu dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Simon Santoso Terbuka Singapura 13 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FINAL BADMINTON SINGAPORE OPEN 2014


Lee Chong Wei kalah 15-21,10-21

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014. Semalam Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam rubber set menentang pemain muda India, K. Srikanth 17-21,21-14,21-19 di peringkat separuh akhir.



Dengan ketiadaan Chen Long, harapan China untuk mara ke final Singapore Open berkubur apabila wakil mereka Du Pengyu tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso yang menjadi lawan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir petang ini.



Sebagai rekod, dari 10 pertemuan antara kedua pemain, Simon Santoso hanya pernah menang sekali ke atas Datuk Lee Chong Wei.. Itu pun ketika pertemuan di Terbuka Jepun 2009. Jadi tiada masalah untuk Lee Chong Wei melebarkan rekod kemenangan petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton Terbuka India 6 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Lee Chong Wei mng 21-13,21-17


Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka India 2014. Semalam Lee Chong Wei menang dalam rubber set menentang wakil China, Du Pengyu 21-17,19-21,21-14. Lawannya hari ini pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long.



Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370. Bulan lepas Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka All England dan menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan krew. Diharapkan sukan badminton akan terus merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia-China.



Sebagai rekod, dari 16 pertemuan antara kedua pemain, kedua pemain berkongsi 8 kemenangan. Lee Chong Wei menang dalam pertemuan terakhir pada Kejohanan All England 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI SEKAT CHEN LONG



Dari zaman penyerahan kuasa Lin Dan kepada Chen Long, Malaysia masih lagi mengekalkan Lee Chong Wei sebagai pesaing utama mereka. Bayangkan jika Datuk Lee Chong Wei menyatakan hasrat untuk menggantung raket beliau. Sudah pasti pihak yang paling panik ialah BAM dan Menteri Belia & Sukan, KJ.



Tapi kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencontohi China dalam melahirkan barisan pelapis berkualiti. Yang kita kejar hanya status pemain nombor 1 dunia. Sebab itu dalam edisi All England kali ini hanya 4 wakil Malaysia yang layak ke pusingan ke-2.



Malang buat Chong Wei Feng kerana terpaksa berdepan Datuk Lee Chong Wei awal pagi esok. Malaysia juga masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki dan wanita. Tahun lalu, pencapaian terbaik kita menerusi Datuk Lee Chong Wei yang tewas di final kepada Chen Long. Besar harapan supaya tahun ini menjadi milik Malaysia pula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM PAKAT KE STADIUM

CARA NAK BELI TIKET ONLINE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2014
Sumber

Menjelang cuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014, para peminat badminton sekitar Lembah Klang bolehlah menonton secara langsung perlawanan Badminton Terbuka Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil. Setakat pusingan kedua hari ini, Malaysia masih mempunyai 5 wakil termasuk Datuk Lee Chong Wei. Rujuk jadual lengkap di sini.



Jika menang perlawanan petang ini, Lee Chong Wei dijangka menentang Du Pengyu (China) dalam perlawanan suku akhir esok. Jika mara ke separuh akhir pada hari Sabtu, Datuk mungkin bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau  Boonsak Ponsana dari Thailand.



Tiket-tiket boleh diperolehi di pintu masuk stadium atau secara online di Laman Web TicketPro. Harga bermula dari RM 20 - RM 65 seorang mengikut tempat duduk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ANGKA 10 SASARAN DATUK LEE CHONG WEI

MAYBANK OPEN 2014, BADMINTON TERBUKA MAYBANK 2014


Semalam telah bermula Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 anjuran Maybank. Kejohanan ini akan berlangsung dari 14 Januari hingga 19 Januari 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Baru beberapa hari lepas kita menyaksikan kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Final Terbuka Korea 2014. Nampaknya kuasa China dalam acara perseorangan masih sukar digugat.



Malaysia menghantar puluhan wakil dalam pertandingan kali ini. Namun kebanyakannya terkandas di pusingan awal. BAM perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan kualiti pelapis sedia ada jika masih mahu bersaing dengan negara China, Korea dan Denmark.



Harapan utama masih lagi diletakkan di bahu Lee Chong Wei. Beliau merupakan pemegang rekod kejuaraan 9 kali dalam edisi Terbuka Malaysia. Mampukah Datuk mencapai gelaran ke-10 tahun ini? Sama-sama kita memberi sokongan padu untuk pemain negara kita. Tiket online boleh didapati di sini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Badminton Korea Open 2014 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR TERBUKA KOREA 2014


Lee Chong Wei kalah 14-21,15-21

Seperti biasa, Malaysia hanya ada seorang saja wakil di pusingan akhir badminton Siri Super Terbuka Korea 2014. Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia tiada masalah menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan separuh akhir semalam. Beliau menang staright set 21-17,21-17 dalam masa 51 minit.



Musuh utama beliau yang menanti di final hari ini ialah pemain China tinggi lampai, Chen Long yang menjinakkan Boonsak Ponsana semalam. Jika melihat kepada rekod pertemuan, dari 14 perlawanan, Lee Chong Wei dan Chen Long masing-masing sudah menang 7 kali.



Yang merisaukan peminat badminton tempatan, Lee Chong Wei tewas dalam 3 pertemuan terakhir mereka. Nak dijadikan cerita lebih panas semua kekalahan itu berlaku di pusingan akhir. Pertama di Hong Kong Open 2012, kemudian di All England 2013 dan terkahir di Denmark Open 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Korea 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

VICTOR KOREA OPEN 2014

BADMINTON TERBUKA KOREA 2014, JADUAL BADMINTON TERBUKA KOREA 2014


Super Series kembali lagi untuk tahun 2014 dengan Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2014. Berlangsung selama 6 hari bermula 7 Januari hingga 12 Januari 2014 di Seoul. Malaysia hanya menghantar Datuk Lee Chong Wei mewakili pemain senior lain.


Beregu kedua negara Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong bersama beberapa orang pelapis turut sama menyertai kejohanan kali ini. Datuk Lee Chong Wei merupakan juara bertahan dalam edisi Terbuka Korea tahun lalu dengan menewaskan Du Pengyu di final.



Kali ini cabaran lebih hebat dengan peningkatan prestasi Chen Long yang beberapa kali mengecewakan Chong Wei di pentas final tahun 2013. Kita masih menanti pelapis negara yang mampu menggalas harapan Malaysia sebelum Datuk Lee Chong Wei menggantung raket beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto | Super Series Final 15 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

WAKIL TUNGGAL MALAYSIA


Keputusan akhir : Lee Chong Wei mng 21-10, 21-12

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara dalam Kejohanan Badminton Super Series Final 2013 yang mara ke pusingan akhir petang ini. Walaupun kelebihan kita sebagai tuan rumah, kategori lain masih didominasi China, Denmark, Korea dan Indonesia. Untuk pengetahuan mereka yang baru mengikuti Badminton Super Series Final, semua pemain yang terpilih dinilai mengikut kutipan mata tertinggi dalam pertandingan Super Series sepanjang tahun 2013.



Datuk Lee Chong Wei menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dan menewaskan wakil Denmark Jan O Jorgensen dalam perlawanan separuh akhir semalam dengan mata 21-14, 21-16. Lawannya pada pusingan akhir ini adalah pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto yang mengejutkan Kenichi Tago (pilihan ke-2) di separuh akhir.



Sebagai rekod, Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tommy dalam 7 pertemuan sebelum ini. Kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Badminton Dunia 2013 di mana Chong Wei menang mudah 21-6, 21-9. Jika mengikut prestasi semasa, Datuk Lee Chong Wei tiada masalah untuk merangkul kejuaraan Badminton Super Series Final 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Perlawanan Badminton World Superseries Finals 2013 Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM TEMPAH SEKARANG

kredit : TicketPro



Kejohanan Badminton Superseries Final 2013 akan diadakan pada 11 hingga 15 Disember di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Malaysia mempunyai 3 wakil termasuk pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Anda boleh semak jadual penuh di sini.



Tiket perlawanan peringkat kumpulan berharga RM 15, Separuh Akhir RM 25 dan Akhir RM 30. Tempat duduk adalah bebas. Peluang Lee Chong Wei untuk mara ke Final agak cerah. Jadi bolehlah tempah awal-awal sebelum kehabisan di laman web TicketPro.



Lokasi Stadium Badminton Cheras dalam Google Maps. Lihat sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton World Superseries Final 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA TUAN RUMAH





Kejohanan Badminton World Super Series Final 2013 akan berlangsung pada 11 - 15 Disember 2013 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Pemilihan pemain adalah berdasarkan kutipan mata tertinggi untuk setiap kategori sepanjang kejohanan Super Series 2013 yang terdiri daripada 8 pemain perseorangan atau beregu. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana dua tempat teratas akan mara ke pusingan separuh akhir.



Seperti biasa, wakil negara iaitu Datuk Lee Chong Wei pastinya menjadi pilihan untuk menjuarai perseorangan lelaki. Malaysia juga mempunyai Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dalam kategori beregu lelaki dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dalam beregu campuran. Para peminat badminton boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan secara langsung perlawanan melibatkan pemain negara di laman web rasmi TicketPro.



Berikut adalah pembahagian kumpulan melibatkan pemain Malaysia sahaja:

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Terbuka Hong Kong 2013 | Lee Chong Wei vs Sony Dwi Kuncoro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MUSUH LAMA

LEE CHONG WEI VS SONY DWI KUNCORO FINAL TERBUKA HONG KONG 24.11.2013, LIVE PERLAWANAN AKHIR BADMINTON TERBUKA HONG KONG

Keputusan akhir : Lee Chong Wei mng 21-13, 21-9

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal negara yang mara ke perlawanan akhir kali ini di Terbuka Hong Kong 2013. Selepas ketiadaan pencabar terkuat Chen Long yang menarik diri pada pusingan pertama, Lee Chong Wei dilabel sebagai pemain pilihan untuk merangkul gelaran juara super series Hong Kong Open 2013.



Lee Chong Wei menewaskan pemain Thailand Boonsak Ponsana di separuh akhir 21-12, 21-7 dalam masa 33 minit. Sony Dwi Kuncoro pula menyingkirkan rakan senegara Tommy Sugiarto yang menarik diri di set kedua selepas ketinggalan 3-8.



Rekod pertemuan kedua pemain yang sudah bersaing sejak tahun 2001 memihak kepada Lee Chong Wei dengan 8 berbalas 5. Dalam 3 perlawanan terakhir, Datuk Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada pemain ranking ke-13 dunia itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

LEE CHONG WEI LAGI?

JADUAL BADMINTON TERBUKA HONG KONG WAKTU MALAYSIA DI ASTRO


Setelah gagal beraksi di kejohanan Badminton Terbuka China 2013 minggu lalu akibat kecederaan, Datuk Lee Chong Wei kembali menyertai pertandingan super series di Hong Kong. Kejohanan ini berlangsung dari 19 hingga 24 November 2013. Malaysia hanya menghantar wakil dalam kategori perseorangan lelaki dan beregu campuran.



Lee Chong Wei akan ditemani Chong Wei Feng yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Terbuka China Sabtu lepas. Beregu campuran pula akan diwakili pasangan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying dan Gan Teik Chai / Ong Soon Hock.



Cabaran Lee Chong Wei nampak sukar dengan kehadiran pemain nombor dua dunia dan Juara Terbuka China, Chen Long dan Kenichi Tago yang pernah menewaskan Chong Wei di Terbuka Perancis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/