Live Astro Final Badminton Korea Open 2014 | Lee Chong Wei vs Chen Long
Penulis: Que | Kategori: astro supersport , badminton , BAM , chen long , final , jadual , keputusan perlawanan , lee chong wei , live streaming , siaran langsung , sukan , super series , visual live score
PUSINGAN AKHIR TERBUKA KOREA 2014
Lee Chong Wei kalah 14-21,15-21
Seperti biasa, Malaysia hanya ada seorang saja wakil di pusingan akhir badminton Siri Super Terbuka Korea 2014. Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia tiada masalah menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan separuh akhir semalam. Beliau menang staright set 21-17,21-17 dalam masa 51 minit.
Musuh utama beliau yang menanti di final hari ini ialah pemain China tinggi lampai, Chen Long yang menjinakkan Boonsak Ponsana semalam. Jika melihat kepada rekod pertemuan, dari 14 perlawanan, Lee Chong Wei dan Chen Long masing-masing sudah menang 7 kali.
Yang merisaukan peminat badminton tempatan, Lee Chong Wei tewas dalam 3 pertemuan terakhir mereka. Nak dijadikan cerita lebih panas semua kekalahan itu berlaku di pusingan akhir. Pertama di Hong Kong Open 2012, kemudian di All England 2013 dan terkahir di Denmark Open 2013.
Kami percaya pada kekuatan taktikal Lee Chong Wei. Apa yang perlu diperbaiki petang ini ialah kekuatan mental. Kita sering mendahului di awal permainan tetapi tiba-tiba fokus hilang dan Chen Long mengambil alih penguasaan. Jom kita sokong Datuk Lee Chong Wei petang ini.
Perlawanan ke-2 selepas beregu wanita. |
Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Korea 2014
12 Januari 2014 (Ahad)
Bermula jam 11.00 am waktu Malaysia
Lee Chong Wei vs Chen Long (2nd Game)
Dijangka selepas jam 12.30 pm waktu Malaysia
Live di astro superSport 4 (817)
Visual Live Score boleh di tonton di sini
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 12, 2014 at 4:29 PM
pehh..wakil malaysia sorang aje. yang lain penuh china yang ke final.
[Reply to comment]January 12, 2014 at 6:45 PM
@titantau xpe. tu pun kalah
January 13, 2014 at 12:44 AM
Kalah dan kalah..pengganti pula tak nampak...hancurlah masa depan badminton negara.
[Reply to comment]