Promosi Kad Express Dominos Pizza 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PROMOSI DAN DISKAUN PIZZA DOMINOS


Kepada mereka yang belum renew kad express Domino's sila berbuat demikian pada hari ini untuk menikmati potongan harga early bird RM 5. Disebabkan sah laku kad berakhir pada 31 Disember setiap tahun (fixed) maka eloklah dibuat pada awal tahun. Kita akan dapat nikmati keistimewaannya selama setahun.


Harga ahli baru ialah RM 50 setahun dan harga renew sebenar RM 30. Setelah menjadi ahli anda akan diberi satu voucher pizza regular bernilai RM 24.80. Penjimatan luar biasa bagi penggemar pizza. Jangan lepaskan peluang menjadi ahli kad express dominos. Rujuk entri lama kalau nak tahu apa kelebihan ahli di sini.



Promosi renewal express card 2015 berakhir 31 Januari 2015!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JUALAN MURAH PC EXPO 6 - 8 FEBRUARI 2015 | MID VALLEY KUALA LUMPUR

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PC EXPO FEB 2015

Like FB PC Expo untuk info lanjut

PC EXPO 2015 kembali lagi tahun ini di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Bagi peminat tegar pameran IT ini mereka sudah pasti tidak akan melepaskan peluang melihat gadjet terkini secara lebih dekat lagi di samping promosi yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.



Acara jualan lelong RM 1 yang popular sepanjang PC EXPO nampaknya sudah tidak diadakan lagi. Biasanya pengunjung akan berpusu-pusu ke pentas utama untuk membida peralatan yang dilelong di bawah harga pasaran. Boleh lihat entri lepas di sini.



Nama Program : PC EXPO 2015
Tarikh : 6 - 8 Februari 2015
Masa : 11 am - 9 pm
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur
Bayaran Masuk : Percuma!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Final Piala Asia Australia vs Korea Selatan 31 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELEBIHAN TUAN RUMAH

perlawanan akhir piala asia, jadual perlawanan akhir piala asia 2015

Keputusan Akhir : Australia 2-1 Korea Selatan

Kejohanan Piala Asia 2015 bakal melabuhkan tirai pada hari Sabtu ini. Tuan rumah, Australia dan wakil kumpulan A Korea Selatan bakal membuat perhitungan sekali lagi bagi menentukan negara mana lebih handal. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Australia tewas tipis 0-1 sekaligus memberikan Korea Selatan menjuarai kumpulan.



Bagi sesiapa yang menonton perlawanan itu, Australia dengan kelebihan beraksi di laman sendiri lebih banyak menyerang dan menguasai perlawanan. Namun penyudah tumpul dan ketangkasan pertahanan dan penjaga gol Korea Selatan menyelamatkan keadaan. Untuk rekod, Korea Selatan belum pernah bolos lagi dalam kejohanan kali ini.



Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat akan menemukan pasukan Asia Barat Iraq dan UAE petang ini. Ramalan Kafe Que : Australia bakal juara dalam Final Piala Asia 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/