AKTIVITI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FLORIA 2015 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL



Festival Floria Putrajaya 2015 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-8 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Bunga Lily dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Floria Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun dengan 50 penyertaan dari 28 negara. Lokasi acara bertempat di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.



Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan. Bunga Lily menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.



Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAMERAN BAKAT



Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2015 bermula 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Perubahan lokasi berhampiran Jambatan Gemilang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.



Bertemakan 'Showcase Of Talent' atau 'Pameran Bakat', program kali ini menggalakkan pembangunan bakat belia. Mereka akan dibahagikan kepada empat zon  mengikut tema iaitu Zon Utara (Minda), Zon Timur (Aktif), Barat (Komuniti), Selatan (Seni dan Budaya). Terdapat 1 lagi zon baru yang diwujudkan iaitu Zon Lasak (Ekstrem).



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah belia berselawatpameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, seni mempertahankan diri, seni tarian dan banyak lagi. Aktiviti baru yang diperkenalkan adalah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan mentor-mentor Rakan Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Barcelona Sah Juara La Liga Sepanyol Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TRIO BERBISA SENJATA UTAMA



Barcelona memulakan misi 'treble' mereka dengan mengesahkan kejuaraan La Liga 2015. Lebih manis kejayaan itu dirai ketika menewaskan juara musim lalu, Atletico Madrid di tempat lawan. Berbaki 1 perlawanan dengan mengumpul 93 mata, Barcelona menutup peluang Real Madrid yang ketinggalan 4 mata dibelakang.



Siapa sangka pasukan yang bermasalah pada bulan Januari lalu kini memburu 3 kejuaraan. Selepas ini mereka akan menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dan UEFA Champions League menentang Juventus. Kali terakhir mereka memenangi 'treble' ketika zaman kegemilangan Barcelona bersama bekas pengurus Pep Guardiola.



Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sumbangan besar gandingan trio serangan yang paling berbisa ketika ini. 79 gol dalam La Liga telah dijaringkan sesama mereka dengan Messi mengetuai senarai sebanyak 41 gol, Neymar 22 gol dan Suarez dengan 16 gol. Keserasian ini hanya akan menjadikan Barcelona sebuah pasukan yang akan digeruni untuk 5 musim akan datang. Tahniah Barca!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/