NO COMMENTS
Jadual & Keputusan Badminton Piala Sudirman 2015 Malaysia Lee Chong Wei
Penulis: Que | Kategori: astro , badminton , BAM , jadual , keputusan perlawanan , lee chong wei , live streaming , malaysia , siaran langsung , sudirman cup , sukan , visual live score
14TH SUDIRMAN CUP | CHINA 2015
Bermula 10 Mei - 17 Mei 2015 pasukan Malaysia akan menyertai Piala Sudirman 2015 yang diadakan di negara China. Kehadiran semula bekas pemain nombor satu dunia bakal menyemarakkan kem Malaysia yang agak suram sejak akhir-akhir ini. Malaysia telah diundi dalam kumpulan 1D bersama Korea Selatan dan India.
Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini merupakan kejohanan terbesar dalam kalendar tahun 2015. Diadakan setiap 2 tahun, sudah pasti setiap negara ingin turut mengambil bahagian. Format pertandingan hampir sama dengan Piala Thomas di mana kiraan mata berpasukan dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.
Edisi ke-14 tahun ini dijangka berlangsung sengit dengan peningkatan semasa pasukan Jepun dan India. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. China sudah pasti ingin mempertahan kejuaraan yang mereka menangi sejak tahun 2005. Malaysia hanya pernah melangkah ke separuh akhir pada tahun 2009 sebelum tunduk kepada China.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq