Keputusan England vs Italy | Perlawanan Persahabatan 1 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ROONEY HAMPIRI REKOD 


Keputusan akhir : Italy 1-1 England

Rooney berpeluang untuk menyamai rekod penjaring terbanyak England awal pagi esok jika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan persahabatan menentang Italy awal pagi esok. Rooney pada ketika ini berada pada kedudukan ketiga dalam senarai penjaring pasukan England dengan 47 gol dalam 102 penampilan. Rekod masih lagi dipegang Sir Bobby Charlton dengan 49 gol dari 106 penampilan.



Penyerang muda yang bermain bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane bakal diturunkan dalam kesebelasan utama selepas menunjukkan prestasi cemerlang ketika menggantikan Rooney dalam perlawanan menentang Lithuania Sabtu lalu. Kane hanya memerlukan masa 78 saat untuk mencatatkan gol pertama dalam penampilan sulungnya bersama skuad England.



Ketiadaan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan memaksa Roy Hodgson menurunkan skuad eksperimen menentang Italy di Turin. Daripada 5 pertemuan terakhir, England hanya menang sekali ke atas Italy dan terbaru mereka berentap dalam satu kumpulan di Piala Dunia 2014 yang berkesudahan Italy menang 2-1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia B-23 vs Jepun B-23 Kelayakan Piala AFC 31 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI HIDUP DAN MATI


Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Jepun

Misi pasukan bawah 23 tahun negara untuk layak ke Kejohanan Piala AFC 2016 bakal berakhir jika tewas kepada pasukan remaja Jepun malam ini. Anak buah Razip Ismail menempah jalan sukar apabila kalah 1-2 di tangan Vietnam dalam perlawanan pembukaan biarpun beraksi di laman sendiri.



Jepun akan mengesahkan status juara kumpulan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala AFC tahun depan. Lima pasukan naib juara terbaik akan melengkapkan 15 negara mengiringi Qatar selaku tuan rumah.



Hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang Harimau Muda untuk layak. Jika seri atau kalah, kita terpaksa menunggu lagi dua tahun untuk bersaing di peringkat Asia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Malaysia vs Oman 26 Mac 2015 | Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PERSIAPAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

kredit
Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Oman

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan perlawanan persahabatan pertama tahun 2015 dengan menentang Oman hari ini. Setelah berehat panjang dari episod suka dan duka Piala AFF Suzuki 2014, Dollah Salleh bakal membentuk pasukan baru yang lebih mantap untuk persiapan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.



Bola sepak Malaysia baru memasuki fasa awal liga tempatan. Persaingan sengit antara kelab-kelab memberi bayangan pemain mana yang akan dibawa bersama untuk sesi persahabatan ini.Antara 20 pemain yang dipilih, 7 dari mereka merupakan pemain baru yang tidak berada dalam skuad AFF Suzuki. Perubahan ini mungkin disebabkan kecederaan dan persaraan beberapa pemain senior.



Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-154 dunia manakala Oman di kedudukan 96. Pemain kebangsaan harus fokus dan memberi persembahan terbaik untuk menangkis tohmahan yang mengatakan ada antara mereka yang tidak serius ketika bermain dengan lencana Malaysia di dada. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/