Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 12 - 15 Mac 2015 | Jadual & Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

7TH PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLON 

jadual belon udara panas putrajaya 2015, pertunjukan belon panas 2015


Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 atau Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya merupakan edisi ke-7 program seumpanya dianjurkan. Pesta ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 Mac 2015. Program aktiviti akan bermula pada jam 7.00 pagi bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya.



Pelbagai acara akan disediakan seperti pengalaman menaiki helikopter, pertunjukan belon udara panas, aktiviti lasak, permainan kanak-kanak dan Night Glow. Anda boleh menempah tiket seawal mungkin bagi mengelakkan kehabisan di sini. Ibu bapa boleh membawa anak-anak pada hujung minggu sempena cuti sekolah yang bakal bermula.



Bagi yang ada GPS, anda boleh setkan lokasi ini di koordinat berikut iaitu 2.923310, 101.683269. Landmark paling mudah adalah Masjid Besi Tuaku Mizan Zainal Abidin atau Bangunan Perbadanan Putrajaya berdepan Palace Of Justice (POJ).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : Senarai 25 Password Paling Popular Dan Teruk Tahun 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KATA LALUAN YANG BAHAYA



SplashData telah menyenaraikan 25 kata laluan paling popular dan teruk yang menjadi pilihan ramai pengguna di dunia. Sejak dari tahun 2011, kata laluan "123456" dan "password" mengungguli dua tangga teratas. Antara aplikasi atau laman web yang memerlukan kata laluan seperti emel, perbankan internet, google, facebook dan lain-lain.



Pemilihan kata laluan yang selamat dan sukar diramal amat penting untuk memelihara kerahsiaan data pengguna. Cadangan yang terbaik anda menggabungkan huruf kecil dan besar, masukkan simbol seperti @ untuk a dan $ untuk s di samping nombor-nombor yang sukar diramal (elakkan nombor IC dan plat kereta).



Pengguna juga dinasihatkan menukar kata laluan setiap 6 bulan atau minumum setahun untuk tujuan keselamatan. Kadang kala perkara ini agak rumit dan mengakibatkan kita sering terlupa kata laluan. Oleh itu sediakan tiga set kata laluan dan anda gilirkan dalam kesemua laman web yang anda sering gunakan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Perpindahan Pemain EPL Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MAN CITY DAN CHELSEA BERBELANJA BESAR



Jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir 2 Februari lalu. Kesempatan ini digunakan oleh kelab-kelab yang ingin memperkuatkan skuad utama dan juga melepaskan pemain simpanan. Chelsea sebagai pendahulu liga membawa masuk Juan Cuardado dari Fiorentina dengan yuran perpindahan 27 juta pound dan melepaskan Andre Schurrle pada harga 24 juta pound kepada Wolfsburg. 



Manchester City mendapatkan khidmat Wilfried Bony dari Swansea City untuk digandingkan bersama Sergio Aguero di barisan hadapan. Arsenal pula terdesak mencari pengganti Thomas Vermaelen dengan menawarkan kontrak kepada Gabriel Paulista dari Villareal pada harga 11.2 juta pound.



Manchester United menandatangi bekas penjaga gol Barcelona Victor Valdes sebagai pesaing David De Gea. Mereka turut melepaskan Darren Fletcher, Wilfried Zaha dan Micheal Keane kerana tidak diperlukan oleh pengurus baru Louis Van Gaal. Liverpool bagaimana pun tidak melakukan sebarang pembelian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/