Showing posts with label visual live score. Show all posts

 

JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BADMINTON SUDIRMAN CUP 2013 | LIVE @ ASTRO SUPERSPORT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

13TH SUDIRMAN CUP | MALAYSIA 2013




Bermula 19 Mei - 26 Mei 2013 Stadium Putra Bukit Jalil bakal menjadi saksi negara manakah yang bakal mengungguli Piala Sudirman 2013. Sebanyak 30 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini. Malaysia diundi di dalam kumpulan 1C bersama Jerman dan  Chinese Taipei. Kafeque bakal memberi laporan harian tentang jadual perlawanan hingga ke peringkat akhir.


Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini merupakan kejohanan terbesar dalam kalendar tahun 2013. Diadakan setiap 2 tahun, sudah pasti setiap negara ingin turut mengambil bahagian. Format pertandingan hampir sama dengan Piala Thomas di mana kiraan mata berpasukan dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MALAYSIA SAHKAN PEMAIN DI FINAL MALAYSIA GRAND PRIX GOLD 2013



Kebangkitan pemain muda negara menyerikan kem Malaysia kerana 2 kategori sudah mengesahkan wakil negara pada slot final esok. Separuh akhir perseorangan lelaki petang ini menampilkan aksi antara Iskandar Zulkarnain vs Soon Huat Goh. Dalam acara beregu lelaki pula beregu nombor 1 negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang pasangan Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan.


Beregu campuran dan wanita masing-masing mempunyai 2 dan 1 wakil pemain negara untuk merebut tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013. Kejohanan Super Series ini diadakan di Kompleks Sukan Negara Bukit Kiara dan akan berakhir esok sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Terbuka India 2013 | Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

FINAL INDIA OPEN 2013 | LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO



Lee Chong Wei mng 21-15,18-21,21-17

Datuk Lee Chong Wei selaku pilihan pertama kategori perseorangan lelaki bakal berdepan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir Badminton Superseries Terbuka India 2013 sebentar lagi. Rekod pertemuan jelas memihak kepada pemain No.1 dunia itu dengan kelebihan 12 kemenangan tanpa balas.


Semalam Lee Chong Wei terpaksa bertarung dalam 3 set sebelum menundukkan pemain Thailand Boonsak Ponsana 21-11,18-21,21-8. Perlawanan malam ini mungkin persediaan terakhir Chong Wei sebelum menyertai Piala Sudirman di Kuala Lumpur bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Separuh Akhir Badminton Terbuka India 2013 | Lee Chong Wei vs Boonsak Ponsana

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LEE CHONG WEI VS BOONSAK PONSANA

LEE CHONG WEI VS BOONSAK PONSANA SEMI FINAL INDIA OPEN 2013,ASTRO LIVE STREAMING,POSTER BADMINTON TERBUKA INDIA 2013

Lee Chong Wei mng 21-11,18-21,21-8

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal negara beraksi di pusingan separuh akhir kejohanan Badminton Superseries Terbuka India 2013. Beregu harapan negara rebah kepada wakil Korea semalam walaupun diletakkan sebagai pilihan ke-2 kejohanan. Nasib yang sama menimpa beregu campuran negara dalam pusingan suku akhir.


Dalam pertemuan suku akhir, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain tuan rumah H.S Prannoy dengan straight set 21-14 21-19. Hari ini lawan yang menanti beliau adalah pemain Thailand, Boonsak Ponsana. Melihat pada rekod pertemuan Lee Chong Wei memiliki kelebihan 16 kemenangan berbalas 2.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA AUSTRALIA 2013 | TEAM MALAYSIA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

YONEX AUSTRALIAN BADMINTON OPEN 2013 | SYDNEY

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA AUSTRALIA 2013,VISUAL LIVE SCORE,LIVE STREAMING,ASTRO SUPERSPORT,LEE CHONG WEI,KOO KIEN KEAT,PUSINGAN KEDUA SUKU KAHIR SEPARUH AKHIR AKHIR


Sementara menunggu separuh akhir Piala Axiata 2013 bersambung pada 13 April, mari kita ikuti perkembangan jaguh persorangan No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2013. Kejohanan 5 hari ini telah bermula pada 2 April dan berakhir pada 7 April nanti.


Pasukan Malaysia dan Indonesia dilihat menjadi pilihan untuk memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. Persorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan pertama dalam acara Men's Single manakala Koo Kien Keat/Tan Boon Heong sebagai pilihan pertama dalam Men's Doubles.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON PIALA AXIATA 2013 | PERINGKAT AWAL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

AXIATA CUP 2013 | TEAM MALAYSIA


JADUAL PIALA AXIATA 2013 CUP MALAYSIA,KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA AXIATA 2013

Updates : Jadual Separuh Akhir Axiata Cup 2013 [Klik]

Piala Axiata kembali lagi untuk tahun 2013. Tahun 2012 format pertandingan sedikit berbeza dengan pendekatan kelab badminton. Kali ini pihak penganjur menetapkan 6 negara di Asia Tenggara untuk menyertai kejohanan ini dengan pasukan Asia dan Eropah sebagai jemputan. Antara negara yang turut serta adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Asia dan Eropah.


Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 akan berlangsung selama 25 hari bermula dari 21 Mac 2013 hingga 14 April 2013. Setakat ini 4 hari sudah berlalu dengan pasukan Thailand mendahului carta liga dalam peringkat awal. Hadiah bernilai 1 Juta USD bakal menjadi rebutan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013 | LEE CHONG WEI VS CHEN LONG

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ALL ENGLAND 2013 CHAMPIONSHIP FINALS

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013

Updates : Lee Chong Wei kalah 17-21,18-21

Seperti diduga, pemain No.1 dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton All England 2013 setelah menewaskan pemain muda Thailand, Tanongsak dengan straight set 22-20, 21-8. Walaupun menerima tentangan sengit dalam set pertama, Lee Chong Wei menggunakan pengalamannya untuk menjinakkan lawan dalam set kedua.


Menantinya di final Badminton All England 2013 ialah Chen Long dari China yang menundukkan Jan O Jorgenson juga dengan straight set 21-19, 22-20. Pemain ranking No.2 dunia itu menjadi penghalang terakhir buat Datuk Lee Chong Wei dalam usahanya merangkul kejuaraan All England ke-3.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013 | LEE CHONG WEI VS TANONGSAK

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ALL ENGLAND 2013 CHAMPIONSHIP SEMI FINAL


Updates : Lee Chong Wei mng 22-20 21-8 [Jadual Final]

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2013. Tiga (3) wakil beregu kita terkandas pada lawan masing-masing awal pagi tadi. Misi kejuaraan Datuk Lee Chong Wei kini perlu diteruskan dengan pertemuan dengan lawan dari Thailand, Tanongsak SaenSomBoonSuk (ranking 37 dunia).


Pada awalnya, Lee Chong Wei dijangka bertemu pemain China, Du Pengyu. Namun pemain itu terkandas di pusingan pertama dan muncul pemain Thailand ini yang menumbangkan satu-persatu pemain yang mempunyai ranking lebih baik darinya. Nampaknya Datuk Lee Chong Wei kena berhati-hati. Awal pagi tadi Lee Chong Wei mudah menundukkan pilihan ke-8 kejohanan Tien Minh Nguyen 21-17,21-19.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERLAWANAN SIARAN LANGSUNG BADMINTON ALL ENGLAND 2013 PEMAIN MALAYSIA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

LIVE VISUAL BADMINTON ALL ENGLAND 2013

JADUAL PENUH PERLAWANAN BADMINTON ALL ENGLAND 2013 LEE CONG WEI

Final updates : Chen Long mng 21-17 , 21-18

Kejohanan utama Super Series diteruskan dengan Pertandingan Badminton All England 2013 yang bermula pada 5 Mac - 10 Mac 2013. Pemain perseorangan No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memburu kejuaraan ke-3 beliau dalam edisi kali ini. Tahun lalu hajat Datuk Lee Chong Wei untuk mendapatkan hatrick di halang oleh pemain handalan China, Lin Dan dan kecederaan belakang yang dialaminya.


Tahun ini, Lin Dan dikhabarkan tidak turut serta atas alasan yang tidak diketahui. Walaupun begitu masih ramai nama besar menyertai kejohanan All England yang menwarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$400,000 (RM1.243 juta). 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LIVE FINAL MALAYSIA OPEN 2013 : LEE CHONG WEI VS SONY DWI KUNCORO | ASTRO & VISUAL LIVE SCORE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR PERSEORANGAN LELAKI  
BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2013


LIVE STREAMING SIARANG LANGSUNG PERLAWANAN BADMINTON MALAYSIA OPEN ASTRO ARENA,HD,LEE CHONG WEI VS SONY DWI KUNCORO HEAD TO HEAD,KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA

Updates : Lee Chong Wei mng 21-7 21-8

Pemain nombor 1 dunia merangkap pilihan pertama kejohanan, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2013 apabila dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan lawan dari Denmark Jan O Jorgensen dalam rubber set. Lee Chong Wei menang 21-13, 17-21, 21-12 dalam masa 56 minit.


Halangan terakhir Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan ke-9 di Malaysia Open adalah pemain dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro. Kali terakhir mereka bertemu di kejohanan yang sama tahun lalu dengan keputusan memihak kepada Lee Chong Wei.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LEE CHONG WEI VS JAN O JORGENSEN | SEMI FINAL BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SEPARUH AKHIR PERSEORANGAN LELAKI | MAYBANK OPEN 2013




Updates : Lee Chong Wei  mng 21-13,17-21,21-12

Hanya tinggal seorang wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki dalam pusingan separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia 2013. Selebihnya terkandas walaupun beraksi di halaman sendiri. Tidak seperti pemain China, apabila mereka beraksi di tempat mereka, begitu jelas dominasi China dalam semua kategori.


Inilah cabaran dan hakikat yang perlu peminat badminton Malaysia faham dan terima. Sukan kita sering dikuasai oleh orang politik. Hala tuju perjuangan asal untuk menaikkan nama negara sudah tidak jelas. Masing-masing ada kepentingan peribadi dan kedudukan yang perlu dipertahankan. Redha sajalah..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live : Lee Chong Wei vs Boonsak Ponsana | Badminton Malaysia Open 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2013 | PUSINGAN KE-2

DATUK LEE CHONG WEI VS BOONSAK PONSANA 2ND ROUND BADMINTON TERBUKA MALAYSIA OPEN 2013, LIVE STREAMING BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013,JADUAL PENUH PERLAWANAN BADMINTON MALAYSIA OPEN MAYBANK 2013,PEMAIN MALAYSIA KE BADMINTON

 Updates : Lee Chong Wei menang percuma !

Pemain ranking nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan turun ke gelanggang malam ini. Setelah lebih sedozen wakil Malaysia terkandas dalam pusingan pertama, peminat badminton tanah air kembali menuding jari kepada BAM.


Usia Datuk Lee Chong Wei (30 tahun) semakin meningkat saban hari. Tetapi pengganti beliau yang dinanti masih belum menampakkan sinar. Setakat ini hanya Liew Daren yang berjaya melangkah ke suku akhir ekoran penarikan diri (bye) oleh Taufik Hidayat yang tercedera.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BADMINTON MAYBANK MALAYSIA OPEN 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BADMINTON TERBUKA MALAYSIA MAYBANK 2013

LIVE STREAMING VISUAL LIVE STREAMING BADMINTON MALAYSIA OPEN 2013 ASTRO RTM ARENA



Badminton Super Series kembali ke Malaysia tahun ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Maybank dan Proton menjadi penganjur bersama dalam Badminton Terbuka Malaysia 2013.  


Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja menjadi juara Terbuka Korea Ahad lalu turun sebagai juara bertahan dengan 5 kemenangan berturut-turut. Berikut adalah jadual perlawanan setiap pusingan melibatkan pemain negara bermula pusingan kelayakan hingga pusingan akhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FINAL BADMINTON KOREA OPEN 2013 | LEE CHONG WEI VS DU PENGYU

Penulis: Que | Kategori: , , ,

PERLAWANAN AKHIR : BADMINTON TERBUKA KOREA 2013


LIVE STREAMING ASTRO FINAL BADMINTON KOREA OPEN 2013 LEE CHONG WEI VS DU PENGYU

Updates : Lee Chong Wei mng 21-12 21-15

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Korea 2013 hari ni. Semalam Lee Chong Wei menewaskan pemain Hong Kong Wing Ki Wong dalam straight set 21-11, 21-18. Walaubagaimana pun beregu utama negara kecundang kepada lawan mereka dari Korea dalam masa 44 minit.


Du Pengyu menjadi lawan Datuk Lee Chong Wei di final setelah menewaskan wakil Indonesia Sony Dwi Kuncoro. Rekod pertemuan kedua pemain memihak kepada Datuk Lee Chong Wei dengan 6-1. Kali terakhir mereka bertemu di BWF Superseries Finals 2012 di mana Du Pengyu menang 21-12,16-21,20-22.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FINAL BADMINTON HONG KONG OPEN 2012 : LEE CHONG WEI VS CHEN LONG | MALAYSIA VS CHINA

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PERLAWANAN AKHIR BADMINTON TERBUKA HONG KONG 2012 | 25 NOVEMBER 


LIVE STREAMING FINAL BADMINTON HONG KONG OPEN 2012,BADMINTON TERBUKA HONG KONG 2012 PERINGKAT AKHIR PUSINGAN,LEE CHONG WEI VS CHEN LONG FINAL BADMINTON HONG KONG OPEN 2012

Updates : Lee Chong Wei kk Chen Long 19-21 17-21

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kk Cai Yun/Fu Haifeng 16-21 17-21


Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Hong Kong 2012 didominasi pemain China dan Malaysia. Malaysia hanya mempunyai wakil dalam dua kategori iaitu perseorangan lelaki (Lee Chong Wei vs Chen Long) dan beregu lelaki (Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/Fu Haifeng)


China mengesahkan kemenangan dalam 3 kategori lain (perseorangan wanita,beregu wanita dan beregu campuran) kerana hanya diwakili oleh pemain mereka. Lihat bagaimana China menggungguli sukan Badminton sejak awal tahun 2000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

BADMINTON TERBUKA HONG KONG 2012 : SEPARUH AKHIR | LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO

Penulis: Que | Kategori: , , ,

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERSEORANGAN LELAKI | HONG KONG OPEN 2012


JADUAL PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA HONG KONG 2012 OPEN DATUK LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO JEPUN,KOO KIEN KEAT TAN BOON HEONG SEMI-FINALS HONG KONG OPEN 2012,LIVE STREAMING ASTRO VISUAL LIVE SCORE,HEAD TO HEAD LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO


 Updates : Live Perlawanan Akhir Hong Kong Open 2012 [Klik sini]


Petang ini pemain No.1 dunia kebanggaan Malaysia, Datuk LEE CHONG WEI akan turun ke gelanggang untuk meneruskan cabaran menentang pemain Jepun Kenichi Tago. Rekod pertemuan berpihak kepada Lee Chong Wei dengan 11-0.


Beregu negara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong yang mendapat bye semalam akan beraksi menentang beregu Taiwan Lee Sheng Mu / Tsai Chia Hsin di peringkat separuh akhir nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LIVE BADMINTON HONG KONG OPEN 2012 : SUKU AKHIR | LEE CHONG WEI VS TIEN MINH NGUYEN

Penulis: Que | Kategori: , ,

DATUK LEE CHONG WEI VS TIEN MINH NGUYEN | QUARTER-FINALS HONG KONG OPEN 2012

SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING BADMINTON TERBUKA HONG KONG OPEN 2012 NOVEMBER,VISUAL LIVE SCORE BADMINTON HONG KONG OPEN 2012,KEPUTUSAN PERLAWANAN BADMINTON HONG KONG TERBUKA OPEN 2012,DATUK LEE CHONG WEI SUKU AKHIR BADMINTON,SEPARUH AKHIR ASTRO LIVE


Updates : Live Final Hong Kong Open 2012 [Click Here]


Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain Vietnam Tien Minh Nguyen dalam perlawanan perseorangan lelaki peringkat suku akhir Badminton Terbuka Hong Kong 2012 malam ini.


Turut mengiringi beliau pemain muda negara Mohamad Arif Abdul Latif yang akan bertemu pemain pilihan ke-6 kejohanan Kenichi Tago dari Jepun

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

BADMINTON CHINA OPEN 2012 : Beregu Malaysia ke Separuh Akhir | Adik Lee Chong Wei?

Penulis: Que | Kategori: , ,

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA CHINA 2012
 
LIVE ASTRO BADMINTON CHINA OPEN 2012 LI NING KOO KIEN KEAT TAN BOON HEONG MATCH,RECORD HEAD TO HEAD,JADUAL PERLAWANAN BADMINTON PASUKAN MALAYSIA VS DENMARK

2012 LI NING CHINA OPEN

Updates : Chen Long mng Chong Wei Feng [21-6 21-7]
Mathias Boe/Carsten Mogensen mng Koo Kien Keat/Tan Boon Heong [21-16 21-16]

Beregu negara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2012 semalam. Mereka menundukan pasangan Chinese Taipei Lu Chia Bin / Chen Hung Ling 21-17 21-17 dalam masa 36 minit.


Lawan mereka malam ini pilihan pertama kejohanan dari Denmark Mathias Boe / Carsten Mogensen. Rekod pertemuan memihak kepada pasangan Malaysia dengan kemenangan 8 berbalas 4.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Penuh Kejohanan Badminton Dunia 8 - 14 Ogos 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Minggu depan peminat badminton tanah air bakal menyaksikan usaha Datuk Lee Chong Wei untuk melakar sejarah negara yang belum pernah memenangi sebarang acara dalam Kejohanan Badminton Dunia sepanjang ia dipertandingkan. Selaku pemegang status pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei sudah pasti menginginkan medal yang masih belum dimilikinya.



siaran langsung perlawanan kejohanan badminton dunia 2011 england,jadual penuh perlawanan kejohanan badminton dunia 2011 england,senarai pemain malaysia ke bwf kejohanan badminton dunia 2011 england,visual live score badminton dunia 2011,live streaming badminton dunia 2011,astro badminton dunia,astro badminton world championships 2011 live,datuk lee chong wei wakil malaysia ke england,lee chong wei vs lin dan,jadual waktu kejohanan badminton dunia waktu malaysia,bwf schedules badminton world championships 2011



Yonex BWF World Championships England 2011
8 - 14 August 2011
Wembley Arena Indoor Stadium, London

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/