Showing posts with label BAM. Show all posts

 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton Terbuka India 6 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Lee Chong Wei mng 21-13,21-17


Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka India 2014. Semalam Lee Chong Wei menang dalam rubber set menentang wakil China, Du Pengyu 21-17,19-21,21-14. Lawannya hari ini pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long.



Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370. Bulan lepas Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka All England dan menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan krew. Diharapkan sukan badminton akan terus merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia-China.



Sebagai rekod, dari 16 pertemuan antara kedua pemain, kedua pemain berkongsi 8 kemenangan. Lee Chong Wei menang dalam pertemuan terakhir pada Kejohanan All England 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI SEKAT CHEN LONG



Dari zaman penyerahan kuasa Lin Dan kepada Chen Long, Malaysia masih lagi mengekalkan Lee Chong Wei sebagai pesaing utama mereka. Bayangkan jika Datuk Lee Chong Wei menyatakan hasrat untuk menggantung raket beliau. Sudah pasti pihak yang paling panik ialah BAM dan Menteri Belia & Sukan, KJ.



Tapi kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencontohi China dalam melahirkan barisan pelapis berkualiti. Yang kita kejar hanya status pemain nombor 1 dunia. Sebab itu dalam edisi All England kali ini hanya 4 wakil Malaysia yang layak ke pusingan ke-2.



Malang buat Chong Wei Feng kerana terpaksa berdepan Datuk Lee Chong Wei awal pagi esok. Malaysia juga masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki dan wanita. Tahun lalu, pencapaian terbaik kita menerusi Datuk Lee Chong Wei yang tewas di final kepada Chen Long. Besar harapan supaya tahun ini menjadi milik Malaysia pula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM PAKAT KE STADIUM

CARA NAK BELI TIKET ONLINE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2014
Sumber

Menjelang cuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014, para peminat badminton sekitar Lembah Klang bolehlah menonton secara langsung perlawanan Badminton Terbuka Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil. Setakat pusingan kedua hari ini, Malaysia masih mempunyai 5 wakil termasuk Datuk Lee Chong Wei. Rujuk jadual lengkap di sini.



Jika menang perlawanan petang ini, Lee Chong Wei dijangka menentang Du Pengyu (China) dalam perlawanan suku akhir esok. Jika mara ke separuh akhir pada hari Sabtu, Datuk mungkin bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau  Boonsak Ponsana dari Thailand.



Tiket-tiket boleh diperolehi di pintu masuk stadium atau secara online di Laman Web TicketPro. Harga bermula dari RM 20 - RM 65 seorang mengikut tempat duduk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ANGKA 10 SASARAN DATUK LEE CHONG WEI

MAYBANK OPEN 2014, BADMINTON TERBUKA MAYBANK 2014


Semalam telah bermula Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 anjuran Maybank. Kejohanan ini akan berlangsung dari 14 Januari hingga 19 Januari 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Baru beberapa hari lepas kita menyaksikan kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Final Terbuka Korea 2014. Nampaknya kuasa China dalam acara perseorangan masih sukar digugat.



Malaysia menghantar puluhan wakil dalam pertandingan kali ini. Namun kebanyakannya terkandas di pusingan awal. BAM perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan kualiti pelapis sedia ada jika masih mahu bersaing dengan negara China, Korea dan Denmark.



Harapan utama masih lagi diletakkan di bahu Lee Chong Wei. Beliau merupakan pemegang rekod kejuaraan 9 kali dalam edisi Terbuka Malaysia. Mampukah Datuk mencapai gelaran ke-10 tahun ini? Sama-sama kita memberi sokongan padu untuk pemain negara kita. Tiket online boleh didapati di sini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Badminton Korea Open 2014 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR TERBUKA KOREA 2014


Lee Chong Wei kalah 14-21,15-21

Seperti biasa, Malaysia hanya ada seorang saja wakil di pusingan akhir badminton Siri Super Terbuka Korea 2014. Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia tiada masalah menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan separuh akhir semalam. Beliau menang staright set 21-17,21-17 dalam masa 51 minit.



Musuh utama beliau yang menanti di final hari ini ialah pemain China tinggi lampai, Chen Long yang menjinakkan Boonsak Ponsana semalam. Jika melihat kepada rekod pertemuan, dari 14 perlawanan, Lee Chong Wei dan Chen Long masing-masing sudah menang 7 kali.



Yang merisaukan peminat badminton tempatan, Lee Chong Wei tewas dalam 3 pertemuan terakhir mereka. Nak dijadikan cerita lebih panas semua kekalahan itu berlaku di pusingan akhir. Pertama di Hong Kong Open 2012, kemudian di All England 2013 dan terkahir di Denmark Open 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Korea 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

VICTOR KOREA OPEN 2014

BADMINTON TERBUKA KOREA 2014, JADUAL BADMINTON TERBUKA KOREA 2014


Super Series kembali lagi untuk tahun 2014 dengan Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2014. Berlangsung selama 6 hari bermula 7 Januari hingga 12 Januari 2014 di Seoul. Malaysia hanya menghantar Datuk Lee Chong Wei mewakili pemain senior lain.


Beregu kedua negara Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong bersama beberapa orang pelapis turut sama menyertai kejohanan kali ini. Datuk Lee Chong Wei merupakan juara bertahan dalam edisi Terbuka Korea tahun lalu dengan menewaskan Du Pengyu di final.



Kali ini cabaran lebih hebat dengan peningkatan prestasi Chen Long yang beberapa kali mengecewakan Chong Wei di pentas final tahun 2013. Kita masih menanti pelapis negara yang mampu menggalas harapan Malaysia sebelum Datuk Lee Chong Wei menggantung raket beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Perlawanan Badminton World Superseries Finals 2013 Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM TEMPAH SEKARANG

kredit : TicketPro



Kejohanan Badminton Superseries Final 2013 akan diadakan pada 11 hingga 15 Disember di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Malaysia mempunyai 3 wakil termasuk pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Anda boleh semak jadual penuh di sini.



Tiket perlawanan peringkat kumpulan berharga RM 15, Separuh Akhir RM 25 dan Akhir RM 30. Tempat duduk adalah bebas. Peluang Lee Chong Wei untuk mara ke Final agak cerah. Jadi bolehlah tempah awal-awal sebelum kehabisan di laman web TicketPro.



Lokasi Stadium Badminton Cheras dalam Google Maps. Lihat sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton World Superseries Final 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA TUAN RUMAH





Kejohanan Badminton World Super Series Final 2013 akan berlangsung pada 11 - 15 Disember 2013 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Pemilihan pemain adalah berdasarkan kutipan mata tertinggi untuk setiap kategori sepanjang kejohanan Super Series 2013 yang terdiri daripada 8 pemain perseorangan atau beregu. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana dua tempat teratas akan mara ke pusingan separuh akhir.



Seperti biasa, wakil negara iaitu Datuk Lee Chong Wei pastinya menjadi pilihan untuk menjuarai perseorangan lelaki. Malaysia juga mempunyai Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dalam kategori beregu lelaki dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dalam beregu campuran. Para peminat badminton boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan secara langsung perlawanan melibatkan pemain negara di laman web rasmi TicketPro.



Berikut adalah pembahagian kumpulan melibatkan pemain Malaysia sahaja:

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Terbuka Hong Kong 2013 | Lee Chong Wei vs Sony Dwi Kuncoro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MUSUH LAMA

LEE CHONG WEI VS SONY DWI KUNCORO FINAL TERBUKA HONG KONG 24.11.2013, LIVE PERLAWANAN AKHIR BADMINTON TERBUKA HONG KONG

Keputusan akhir : Lee Chong Wei mng 21-13, 21-9

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal negara yang mara ke perlawanan akhir kali ini di Terbuka Hong Kong 2013. Selepas ketiadaan pencabar terkuat Chen Long yang menarik diri pada pusingan pertama, Lee Chong Wei dilabel sebagai pemain pilihan untuk merangkul gelaran juara super series Hong Kong Open 2013.



Lee Chong Wei menewaskan pemain Thailand Boonsak Ponsana di separuh akhir 21-12, 21-7 dalam masa 33 minit. Sony Dwi Kuncoro pula menyingkirkan rakan senegara Tommy Sugiarto yang menarik diri di set kedua selepas ketinggalan 3-8.



Rekod pertemuan kedua pemain yang sudah bersaing sejak tahun 2001 memihak kepada Lee Chong Wei dengan 8 berbalas 5. Dalam 3 perlawanan terakhir, Datuk Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada pemain ranking ke-13 dunia itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

LEE CHONG WEI LAGI?

JADUAL BADMINTON TERBUKA HONG KONG WAKTU MALAYSIA DI ASTRO


Setelah gagal beraksi di kejohanan Badminton Terbuka China 2013 minggu lalu akibat kecederaan, Datuk Lee Chong Wei kembali menyertai pertandingan super series di Hong Kong. Kejohanan ini berlangsung dari 19 hingga 24 November 2013. Malaysia hanya menghantar wakil dalam kategori perseorangan lelaki dan beregu campuran.



Lee Chong Wei akan ditemani Chong Wei Feng yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Terbuka China Sabtu lepas. Beregu campuran pula akan diwakili pasangan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying dan Gan Teik Chai / Ong Soon Hock.



Cabaran Lee Chong Wei nampak sukar dengan kehadiran pemain nombor dua dunia dan Juara Terbuka China, Chen Long dan Kenichi Tago yang pernah menewaskan Chong Wei di Terbuka Perancis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro : Final Terbuka China 2013 | Hoon Thien How / Tan Wee Kiong

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIR MALAYSIA


Keputusan akhir : Malaysia kalah 13-21, 12-21

Pasangan muda negara melakukan kejutan besar semalam menewaskan beregu China dalam perlawanan peringkat separuh akhir. Setelah beregu utama negara terkandas lebih awal, mungkin ini memberi petanda bahawa Hoon Thien How/Tan Wee Kiong berada pada landasan terbaik untuk mengambil alih status beregu nombor satu negara.



Menanti di pusingan akhir petang ini adalah beregu Korea yang tidak kurang hebat dengan kejutan mereka menewaskan pilihan pertama dari Indonesia dalam pusingan awal. Lee Yong Dae/Yoo Yoon Seong berada pada ranking ke-57 manakala beregu negara di ranking ke-11.



Untuk rekod, kedua beregu ini hanya pernah bertemu sekali dan kelebihan memihak kepada Hoon Thien How/Tan Wee Kiong yang menang ketika di Terbuka Perancis 2013. Anda boleh saksikan siaran langsung di Astro SuperSport petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro : Separuh Akhir Chong Wei Feng vs Chen Long | Badminton Terbuka China 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEJUTAN CHONG WEI FENG?



Keputusan akhir : Chong Wei Feng kalah 18-21,7-21

Chong Wei Feng melakukan kejutan apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Badminton Terbuka China. Dalam perlawanan suku akhir semalam, beliau menewaskan wakil dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 18-21, 21-14, 21-16.



Petang ini lawan Chong Wei lebih sukar kerana pemain dari China itu beraksi di laman sendiri. Chen Long juga masih bersemangat selepas menjuarai Terbuka Perancis akhir bulan lepas. Untuk rekod, dalam tiga pertemuan terakhir Chen Long belum pernah tewas. Harapan Malaysia bergantung pada Chong Wei Feng untuk melakukan kejutan besar di bumi tembok besar China.



Selain Chong Wei Feng, Malaysia masih mempunyai wakil dalam kategori beregu lelaki. Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong akan menentang wakil tuan rumah Chai Yun/Chai Biao.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Jadual Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Perancis | 27 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KOO KIEN KEAT / TAN BOON HEONG KE FINAL


JADUAL FINAL TERBUKA PERANCIS 27 OKT 2013, PEMAIN MALAYSIA FINAL FRENCH OPEN 2013, AKHIR BADMINTON PERANCIS ASTRO


Lee Chong Wei dikejutkan oleh Kenichi Tago dalam perlawanan separuh akhir Badminton Terbuka Perancis 2013 semalam. Ini merupakan kali pertama Chong Wei tewas kepada pemain itu dalam 15 pertemuan. Walaupun menang set pertama 21-17, tetapi kesilapan demi kesilapan memberi mata mudah kepada Tago yang menang set kedua 21-16 dan set penentuan 21-12.



Mungkin faktor keletihan beraksi di Terbuka Denmark minggu lalu mengganggu rentak permainan Datuk. Apa pun tahniah diucapkan kerana mencuba yang terbaik. Kenichi Tago lebih pantas dan bertenaga dalam setiap gerakan dan layak untuk ke Final Badminton Terbuka Perancis.



Malaysia bagaimanapun masih ada wakil di final malam ini. Beregu utama negara yang menentang junior mereka di separuh akhir menggunakan pengalaman mereka untuk menang dalam perlawanan 3 set malam tadi. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menang 21-19, 15-21, 21-18 ke atas Hoon Thien How/Tan Wee Kiong.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Kenichi Tago | Semi Final Terbuka Perancis 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

3 WAKIL MALAYSIA DI SEPARUH AKHIR FRENCH OPEN 2013


LIVE STREAMING LEE CHONG WEI SEMI FINAL FRENCH OPEN 2013

Keputusan Lengkap Badminton Terbuka Perancis [Klik]

Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran Malaysia dalam pusingan separuh akhir Terbuka Perancis 2013 malam ini. Lee Chong Wei mudah menewaskan pemain Thailand Boonsak Ponsana dengan straight set 21-13, 21-17 awal pagi tadi. 



Menanti di separuh akhir Kenichi Tago dari Jepun. Berdasarkan rekod, Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tago dalam 14 perlawanan. Kali terakhir mereka bertemu di Final Terbuka Jepun 2013 September lalu.



Dalam beregu lelaki, pasangan muda negara Hoon Thien How / Tan Wee Keong melakar kejutan menewaskan pasangan lebih berpengalaman dari Korea Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong 21-13, 21-10. Kemenangan itu membawa kepada pertemuan dengan beregu utama negara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton French Open 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2013


POSTER BADMINTON TERBUKA FRANCE 2013, JADUAL BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2013 WAKTU MALAYSIA, LEE CHONG WEI VS CHEN LONG FINAL FRENCH OPEN 2013, JADUAL SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR FINAL TERBUKA PERANCIS 2013



Selepas tumpas kepada pemain China, Chen Long dalam Final Terbuka Denmark Ahad lepas, Datuk Lee Chong Wei kembali mengetuai pasukan negara beraksi di Kejohanan Terbuka Perancis 2013. Kejohanan ini akan berlangsung selama 6 hari bermula 22 Oktober hingga 27 Oktober 2013.



Seperti biasa, Kafe Que akan membawa laporan ringkas sepanjang kejohanan yang melibatkan pemain Malaysia. Selain Lee Chong Wei, Malaysia menghantar Liew Daren dan Chong Wei Feng dalam kategori perseorangan lelaki.



Sementara dalam kategori beregu lelaki akan di wakili Koo Kien Keat / Tan Boon Heong dan Hoon Thien How / Tan Wee Kiong. Chan Peng Soon / Goh Liu Ying beraksi dalam beregu campuran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Badminton Terbuka Denmark 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

LEE CHONG WEI | DENMARK OPEN 2013


KEPUTUSAN PERLAWANAN BADMINTON DENMARK OPEN 2013, JADUAL BADMINTON DENMARK OPEN 2013, BILA KEJOHANAN TERBUKA DENMARK 2013, JADUAL BADMINTON TAHUN 2013, KEPUTUSAN TERKINI BADMINTON TERBUKA DENMARK OKTOBER 2013



Datuk Lee Chong Wei akan beraksi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2013 setelah berehat sebulan. Bulan lepas Lee Chong Wei meraih gelaran super series ke-5 untuk tahun 2013 dengan menumpaskan Kenichi Tago dalam Terbuka Jepun.



Kejohanan ini akan berlangsung selama 6 hari bermula 15 Oktober hingga 20 Oktober 2013. Selaku pilihan pertama kejohanan, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu Kenichi Tago/ Du Pengyu di separuh akhir dan seterusnya Chen Long di final Terbuka Denmark nanti. Turut bersama Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki ialah Liew Daren dan Chong Wei Feng.



Beregu nombor 1 negara, Koo Kien Keat / Tan Boon Heong dan beregu muda Hoon Thien How / Tan Wee Kiong akan berentap dalam ketegori beregu lelaki.  Manakala beregu campuran akan diwakili oleh pasangan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Kenichi Tago | Final Badminton Terbuka Jepun 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

MALAYSIA VS JAPAN

statistik lee chong wei vs kenichi tago 2013 japan open, siaran langsung live streaming LEE CHONG WEI VS KENICHI TAGO TERBUKA JEPUN 2013


Updates : Lee Chong Wei mng 23-21 21-17


Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang baru saja memenangi perlawanan separuh akhir sebentar tadi. Lawan dari Vietnam, Nguyen Tien Minh nyata tidak setanding dengan pemain nombor satu dunia itu apabila mudah dijinakkan dengan straight set 21-10 21-5. Kini hanya pemain tuan rumah, Kenichi Tago yang menjadi penghalang untuk Lee Chong Wei merebut kejuaraan Super Series 2013.



Kenichi Tago yang juga pilihan ke-7 kejohanan menewaskan pemain muda China Gao Huan 21-12 21-12. Dari segi rekod, Datuk Lee Chong Wei belum pernah tewas kepada Tago. Kali terakhir mereka bertemu di Terbuka India 2013 dalam rubber set. Tetapi bermain di hadapan penyokong sendiri kali ini agak sukar untuk kita jangkakan.


Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada wira tunggal negara petang esok. Lee Chong Wei vs Kenichi Tago.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Badminton Terbuka Jepun 2013 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

#DLCW WAKIL TUNGGAL NEGARA


POSTER BANNER BADMINTON TERBUKA JEPUN SEPTEMBER 2013, BADMINTON JAPAN OPEN YONEX 2013 LIVE STREAMING, QUARTER FINAL SEMI FINAL FINAL BADMINTON JAPAN OPEN 2013



Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang masih berada di pusingan ke-3 Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2013. Pagi tadi beregu campuran negara Chan Peng Soon / Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China dengan straight set 21-8 21-16. Dalam pusingan ke-2 semalam, Lee Chong Wei mudah menewaskan wakil Taiwan, Hsu jen Hao 21-15 21-9. 


Setelah hampir sebulan berehat dari menyertai kejohanan, Lee Chong Wei masih lagi diharapkan untuk melakar kejayaan dalam sukan badminton buat pasukan Malaysia. Nampaknya kita masih lagi ketandusan barisan pelapis yang boleh menggantikan tempat Chong Wei. Berusia hampir 31 tahun, Chong Wei mungkin hanya tinggal 2 tahun untuk berada pada tahap terbaiknya.


Berikut adalah jadual perlawanan Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Terbuka Jepun 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Badminton Dunia 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

NO. 1 DUNIA VS PENYANDANG JUARA DUNIA




Beliau sudah memenangi kesemua gelaran badminton dunia. Pemain handalan China ini tidak lagi memikirkan tentang ranking. Yang pasti beliau mahukan gelaran Juara Kejohanan Badminton Dunia 2013. Itulah Lin Dan, pemain kidal yang sering mencetuskan kontroversi di sebalik penarikan diri beliau dalam kejohanan super series kebelakangan ini.



Halangan terakhir ini perlu dihadapi oleh wakil negara,  Lee Chong Wei yang berazam menamatkan kemarau pingat emas dalam Final Kejohanan Badminton Dunia 2013. Kelebihan sudah pasti memihak kepada Lin Dan yang bermain di tempat sendiri di hadapan ribuan. Lee Chong Wei perlu menguatkan mental dan fizikal sebelum turun ke gelanggang petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/