Home » , , , , , , , » 10 Perkara Yang Anda Biasa Lihat Di Jalan Raya - Part 1

10 Perkara Yang Anda Biasa Lihat Di Jalan Raya - Part 1

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Salam hormat kepada pembaca Blog Kafe Que.. Dah lama tak tulis pasal manusia dan kereta mereka.. Idea ade cume nak menaip tu agak malas. Kalau pasal bola laju pulak. Masa bawak kereta ni macam-macam perangai kita boleh lihat. Maklumlah setiap hari paling kurang aku akan habiskan masa 2 jam atas jalan je.. Nasiblah duduk KL ni.. Tapi minggu ni aku berada di Cherating (promote2). So takde lah jam sangat. . Weee


tabiat manusia di jalan raya,kesalahan biasa dilakukan pemandu jalan raya,teori pemandu berhemah di jalan raya lebuh raya,kenapa pemandu suka langgar peraturan,10 tabiat buruk di atas jalan raya,pemandu pentingkan diri sendiri,sikap  pemandu di malaysia,memandu laju tidak salah,memberi isyarat sebelum membelok



Tak tahu di mana silapnya. Sama ada kurikulum memandu negara yang lemah, penguatkuasaan yang longgar atau budaya dan sikap pemandu yang gemar melanggar peraturan. Bilangan kereta bertambah saban tahun. Jalan raya masih macam tu jugak tak besar-besar. Situasi ini akan berlarutan selagi rakyat kita enggan berubah kepada pengangkutan awam. Efisien ke??



Antara kes yang biasa kita lihat di jalan raya


1. Membelok atau menukar lorong tanpa memberi isyarat.


Masalah ni dah berlarutan sekian lama. Waktu ambil exam (lesen terbang terkecuali) kita boleh ikut arahan.. Bagi signal sebelum belok dan sebagainya. Bila dah habis lesen P mula la nak jadi pro.. Kenapa kita selalu pilih jalan yang sukar. Bayangkan jika anda tidak memberi isyarat sebelum membelok atau menukar lorong ada kereta belakang hon tak ke kita gak yang tensen (mengomel2 sorang diri). Setakat hon tak pe lagi. Kalau berlaku pulak kemalangan dah kena berhenti pulak. Kan dah nyusahkan diri sendiri. Rugi masa dan wang ringgit walhal anda hanya perlu tekan signal untuk beberapa saat sahaja. Bace jugak entri ni "Stereng Kereta Bukan Satu Isyarat"






2. Salah faham konsep 2 @ 3 lorong di lebuh raya


Satu lagi tabiat pemandu Malaysia yang sukar diubah. Lorong paling kiri adalah untuk kenderaan berat atau kereta yang paling perlahan. Lorong tengah pula untuk mereka yang memandu pada kadar biasa. Lorong paling kanan adalah untuk kereta yang memandu laju dan memotong. Tapi apa yang berlaku sekarang?? Ada pemandu yang ingat lorong itu milik mereka sahaja. Walaupun bawak slow tapi tetap guna lorong kanan hingga menyebabkan pemandu lain hilang sabar. Ada sesetengah pula berpendapat kereta mewah perlu berada di lorong kanan walaupun pandu perlahan. Kalau kat lorong kiri jatuh standard pulak.



3. Memandu laju dengan cara yang membahayakan


Nak pandu laju pun ada etika. Bukan dengan cara membahayakan orang lain. Laju di sini bukanlah bererti pecut hingga 200km/j. Ikut keadaan lah. Kalau jalan raya tu kosong, bolehlah bawa laju sket kalau tak mengantuk pulak. Polis trafik mungkin kurang gemar jika kita tak patuhi had laju. Tapi kadang-kadang dalam kes tertentu dibolehkan. Jika tidak masakan ambulans boleh speeding. Pegawai Tertinggi atau Menteri ada polis escort dalam keadaan jam untuk diberi laluan mudah. So teorinya di sini memandu laju tidak salah jika kena pada tempat dan keadaan. Sebenarnya aku anti speed trap..  Kalau tak kena memang nasib baik lah. 



Amek kau kasi lanyak sama kereta tu



4. Meletakkan kenderaan di kawasan larangan / double parking


Ini lagi la nampak sangat selfish. Budaya "Biar orang lain susah, jangan aku susah" patut ditentang habis-habisan. Biasanya kita akan nampak kejadian ni di kawasan lot kedai tepi jalan bila tempat parking dah habis dorang selagi boleh nak park depan kedai yang nak dituju. Lagi bagus kalau bukak je pintu terus masuk dalam kedai. Ape celup der. Apa salahnya kita parking jauh sikit sementara kita masih dikurniakan kaki dan mata untuk digunakan. Ini kita menyusahkan orang lain dan lagi teruk kita menggunakan tempat letak kereta orang kurang upaya. Ish3.. Berubahlah. Kadang-kadang sampai boleh jam dek kerana puak-puak ni.



5. Menunggang motosikal dengan bahaya

Motosikal merupakan kenderaan yang kecil tetapi berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan maut sekiranya tidak berwaspada di jalan raya. Penunggang biasanya tidak gentar untuk memandu laju dan menyelit di antara kenderaan yang lebih besar. Pemandu kereta juga kadang kala tidak perasan kewujudan motosikal jika dalam situasi blind spot. Risiko kemalangan boleh berlaku hanya dengan berlakunya perlanggaran kecil kerana motosikal tidak stabil kerana hanya mempunyai 2 biji tayar. Oleh itu penunggang motorsikal perlu bijak membaca sebarang kemungkinan yang berlaku melibatkan kenderaan yang lebih besar. Pematuhan kepada peraturan itu penting bagi mengurangkan kadar statistik kemalangan yang semakin meruncing. Sentiasa sematkan dalam diri bahawa anda tidak boleh hanya bergantung  pada helmet semata-mata.




Bersambung.. Di entri "10 Perkara Yang Anda Biasa Lihat Di Jalan Raya - Part 2"

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " 10 Perkara Yang Anda Biasa Lihat Di Jalan Raya - Part 1 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets