Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pengumuman dan Pengeluaran Bonus Dividen Tabung Haji 2016

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BERAPA BONUS KEWANGAN TAHUN 2015?


Contoh Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 [Klik]

Selepas ASB mengumumkan pengagihan pendapatan tahun 2015, ramai pelabur ternanti-nanti bila masanya pihak Lembaga Tabung Haji hendak mengumumkan kadar dividen dan bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Tarikh jangkaan pengumuman dibuat mungkin pada minggu terakhir bulan Januari 2016 atau selepas Cuti Thaipusam. Update : Awal Februari 2016



Pada tahun lepas, pendeposit Tabung Haji menerima kadar dividen 6.25% dan bonus Haji 2%. Apa yang menariknya, bila menyimpan di Tabung Haji duit zakat simpanan 2.5% ditolak siap-siap. Para pendeposit boleh menyemak dividen dan bonus Tabung Haji bermula pada 10 Februari 2016


Terkini - Dividen : 5% Bonus Haji : 3%



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Gaji dan Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HARI PENTING PENJAWAT AWAM

jadual payday kerajaan malaysia 2015


Jadual Gaji dan Bonus Tahun 2016 Kakitangan Kerajaan. Secara teorinya pembayaran gaji penjawat awam akan dibuat pada setiap 25 hari bulan atau pun hari Khamis jika tarikh 25 jatuh pada hari cuti. Tetapi kadang-kadang kerajaan memberi gaji lebih awal apabila terdapat sesuatu perayaan besar dalam bulan tersebut.



Begitulah senario setiap tahun. Mereka lebih mudah membuat perancangan kerana jadual pembayaran sudah ditetapkan. Kadang-kadang baru dapat gaji bulanan selang seminggu sudah masuk gaji bulan baru. Lepas tu kena tunggu sebulan lebih untuk gaji seterusnya.



Pokok pangkalnya, perlu beringat kerana kemudahan yang diberikan bukan untuk menyusahkan kita kemudian hari. Jika sumber itu dari kerja kita yang ikhlas dan amanah, In Sya Allah keberkatan gaji itu ada walaupun tidak besar mana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/