Keputusan Penuh Manchester United Player Of The Year Awards 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DAVID DE GEA MENANG LAGI



Walaupun pelbagai spekulasi mengenai perpindahan beliau ke Real Madrid, itu tidak menghalang dari para pemain dan peminat untuk mengundi beliau selaku pemain terbaik pasukan Manchester United bagi musim 2014/2015. Tanpa ketangkasan David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan bahaya ke kubu United, mungkin mereka tidak akan berada pada kedudukan 4 teratas ketika ini. Justeru tiada apa lagi yang boleh menyangkal bahawa beliau merupakan pemain terbaik Manchester United!



Berikut adalah keputusan penuh malam anugerah pemain terbaik Manchester United 2015


Fans' Player of the Year - David De Gea

Players' Player of the Year - David De Gea

Goal of the season - Juan Mata (vs Liverpool)

Denzil Haroun Under-21s Player of the Year - Andreas Pereira

Jimmy Murphy Under-18s Player of the Year - Axel Tuanzebe


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

AKTIVITI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FLORIA 2015 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL



Festival Floria Putrajaya 2015 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-8 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Bunga Lily dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Floria Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun dengan 50 penyertaan dari 28 negara. Lokasi acara bertempat di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.



Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan. Bunga Lily menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.



Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAMERAN BAKAT



Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2015 bermula 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Perubahan lokasi berhampiran Jambatan Gemilang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.



Bertemakan 'Showcase Of Talent' atau 'Pameran Bakat', program kali ini menggalakkan pembangunan bakat belia. Mereka akan dibahagikan kepada empat zon  mengikut tema iaitu Zon Utara (Minda), Zon Timur (Aktif), Barat (Komuniti), Selatan (Seni dan Budaya). Terdapat 1 lagi zon baru yang diwujudkan iaitu Zon Lasak (Ekstrem).



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah belia berselawatpameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, seni mempertahankan diri, seni tarian dan banyak lagi. Aktiviti baru yang diperkenalkan adalah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan mentor-mentor Rakan Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/