Tiket Pas Masuk Percuma Separuh Akhir Super Spontan 17 Oktober 2014 | Kuantan Pahang

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SEMI FINAL BIAWAK LASER VS MAWAS BERDURI





Jom saksikan Super Spontan 2014 separuh akhir! Datang ke Stadium SUKPA, Kuantan hari ini bermula jam 10 pagi untuk dapatkan tiket dan pas masuk percuma. Tinggal 8 peserta dari Biawak Laser dan Mawas Berduri yang akan merebut 6 tempat ke final minggu depan.



Mawas Berduri yang menang minggu lepas mempertaruhkan barisan terbaik mereka antaranya Johan, Rahim, Jihan dan Yus. Biawak Laser pula kini hanya tinggal Tauke, Shahrol, Shuib dan Achey. 



Tiket adalah terhad. Orang-orang Kuantan jom pakat tengok! Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Semi Final Super Spontan 2014 di kaca TV anda.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Astro Live Streaming Argentina vs Brazil 11 Oktober 2014 | International Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIAPA JAGUH AMERIKA LATIN


Keputusan akhir : Brazil 2-0 Argentina

Perlawanan persahabatan paling mencuri tumpuan minggu ini antara kuasa besar benua latin Brazil dan Argentina. Ramai yang mengharapkan pertembungan kedua negara ini di final Piala Dunia 2014. Tetapi Jerman ada ramuan istimewa untuk muncul juara.



Ketiadaan bintang sensasi Brazil, Neymar nyata menggugat semangat pasukan ketika itu. Malam ini beliau akan menentang rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi. Tidak lupa juga Di Maria yang baru menyarung jersi Manchester United awal musim ini mampu melakukan kejutan. Kaka pula dipanggil semula oleh jurulatih baru Brazil untuk membantu pasukan.



Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Brazil vs Argentina 

11 Oktober 2014 (Sabtu)

8.00 pm waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 2 (811) HD (833)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Bola Sepak Malaysia vs Filipina 11 Oktober 2014 | Persahabatan Antarabangsa

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MARUAH HARIMAU MALAYA


Keputusan semasa : Perlawanan Ditunda


Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih, Dollah Salleh kini dalam misi mempersiapkan pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Dalam 3 perlawanan persahabatan antarabangsa di bawah kendalaian beliau setakat ini, Malaysia hanya mampu menang sekali itu pun dengan pasukan kerdil Kemboja. 



Lawan mereka malam  ini merupakan pasukan yang lebih mencabar iaitu negara Filipina. Dari ranking FIFA, Malaysia sekarang berada pada kedudukan ke-154 dunia manakala Filipina jauh depan pada tangga ke-134. Tiada alasan lagi buat Harimau Malaya kerana masa sudah semakin suntuk. Untuk menambah tekanan Dollah, Datuk Ong Kim Swee belum pernah tewas kepada lawan yang sama dalam 2 perlawanan tahun 2014.



Hanya kemenangan mampu memulihkan imej pasukan negara yang sudah sekian lama merosot sejak kemenagan Piala AFF Suzuki 2010. Teknik hantaran jauh perlu diubah jika kita mahu menguasai permainan. Penyerang juga perlu menyempurnakan peluang supaya kita mendapat keyakinan di awal permainan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/