#MYCyberSALE 2014 - Jom Shopping Online | Diskaun Sehingga 95% di Lazada Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PROMOSI SAH DARI 29 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2014





Berita panas lagi sensasi kepada penggemar 'Online Shopping' di Malaysia. Bersempena dengan kempen #MyCyberSale, syarikat Lazada Malaysia menawarkan diskaun sehingga 95% untuk pelbagai pilihan barangan seperti Telefon Pintar dan Tablet, Fesyen, Jam Tangan, Produk Kesihatan, Perkakas Rumah, Barangan Elektronik dan Kamera.



Semua pembelian akan sampai dalam masa 3 hari dan ada pilihan 'Cash On Delivery' (COD) yang mana pembeli hanya perlu membayar apabila barang diterima. Bagi pengguna Kad Kredit anda boleh menikmati potongan tambahan sehingga 10%. Untuk pengguna Kad Kredit CIMB BANK anda boleh mendapat rebat RM 50 jika berbelanja melebihi RM 300.



Jangan lepaskan peluang ini! Layari laman #MYCyberSALE Lazada Malaysia untuk tawaran istimewa ini. Promosi ini sah untuk 3 hari sahaja!

Promosi : #MyCyberSale 2014 [Klik]
Tarikh : 29 September - 1 Oktober 2014

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan | Separuh Akhir Sukan Asia 28 September 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SEMI FINAL BADMINTON SUKAN ASIA 2014

JADUAL SEPARUH AKHIR BADMINTON SUKAN ASIA 2014, JADUAL LEE CHONG WEI VS LIN DAN 28 SEPT 2014 ASTRO

Keputusan akhir : Lee Chong Wei  vs Lin Dan  
Set 1 : 20 - 22
Set 2 : 21 - 12
Set 3 : 9 - 21

Seperti diramal, ranjau Datuk Lee Chong Wei dalam misi menamatkan badi kejuaraan utama masih samar. Undian awal bagi kategori perseorangan lelaki meletakkan Lee Chong Wei bersama Lin Dan di laluan yang sama. Ternyata di pusingan separuh akhir musuh tradisi itu sekali lagi bakal membuat perhitungan siapa yang lebih layak mara ke final Sukan Asia 2014.



Semalam Lee Chong Wei dipaksa bermain dalam 3 set menentang jaguh badminton Vietnam, Nguyen Tien Minh di peringkat suku akhir. Corak permainan agresif yang ditunjukkan pemain Vietnam itu menjerat Chong Wei dalam set pertama dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 23-21. Lee Chong Wei kemudian bangkit dan berjaya menang 2 set berikutnya 21-16,21-17.



Lin Dan pula mudah menewaskan wakil Jepun, Kenichi Tago dengan straight set 21-14,21-18. Jika dilihat dari ranking dunia, Lin Dan hanya berada di tangga ke-15. Bukan bermakna beliau selalu kalah tetapi Lin Dan hanya memilih kejohanan penting dan gelaran pemain nombor satu dunia sudah biasa untuk beliau. Rekod kemenangan 22 berbalas 9 menceritakan segalanya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN ARSENAL TERSINGKIR




Arsenal menjadi pasukan elit kedua tersingkir dari kejohanan Piala Capital One 2014/15 selepas Manchester United. Pasukan kedua Arsenal kalah 1-2 kepada Southampton di laman sendiri. Liverpool pula mencipta drama tersendiri dalam penentuan sepakan penalti yang berlarutan sehingga sepakan ke-14.



Chelsea dan Manchester City meneruskan kemaraan dengan bergaya. City selaku juara bertahan menurunkan pasukan terkuat mereka untuk membelasah kelab divisyen satu 7-0. Ini menunjukkan mereka mahu memastikan perjuangan mereka musim ini berakhir dengan sekurang-kurangnya satu trofi.



Tottenham, Southampton, Swansea, West Brom, Newcastle United dan Stoke melengkapkan senarai pasukan dari EPL yang masih terselamat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/