Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 | Harimau Muda Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR HARIMAU MUDA



Malaysia mendapat undian sukar dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Bersama-sama skuad Harimau Muda nanti adalah pasukan tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos. Untuk mara ke pusingan kalah mati, Malaysia perlu sekurang-kurangnya berada pada kedudukan kedua. Ini bermakna anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu menang 2 dari 3 perlawanan untuk layak secara automatik.



Acara bola sepak ini disertai 29 buah negara dan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terakhir. Kejohanan ini akan bermula pada 14 September hingga 3 Oktober 2014. Setiap pasukan perlu menghantar skuad bawah 23 tahun dan 3 pemain senior dibenarkan untuk turut serta.



Pencapaian terbaik pasukan negara pada tahun 1962 dan 1974 di mana kita berjaya mendapat tempat ketiga atau pingat gangsa sewaktu era kegemilangan bola sepak tanah air. Jepun merupakan juara bertahan pada edisi 2010. Korea Selatan ketika itu berada di tempat ketiga dan mereka pernah menjuarainya pada tahun 1986 yang mana mereka juga selaku tuan rumah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2014/2015 | Liga Juara-Juara Eropah @ Astro Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tinggal  seminggu saja lagi sebelum bermula Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2014/15. Setelah undian peringkat kumpulan yang telah diadakan pada akhir bulan Ogos (lihat di sini), sebanyak 32 buah pasukan akan merebut piala UEFA Champions League yang telah dimenangi Real Madrid musim lalu. Pada yang nak join Fantasy UCL boleh pegi sini.



jadual perlawanan uefa champion league 2013/14,siaran langsung astro jadual perlawanan liga juara - juara eropah uefa champions league ucl 2013 2014 waktu malaysia,live streaming astro uefa champions league 2013/2014 match,uefa fantasy 2013 website,jadual penuh siaran langsung uefa champions league 2013/2014,masa perlawanan uefa champions league ucl waktu malaysia,siaran langsung astro supersport uefa champions league live streaming



Keputusan undian nampaknya bakal menyaksikan beberapa kelab ternama Eropah bersaing dalam kumpulan maut. Pertembungan Real Madrid vs Liverpool, Bayern Munich vs Manchester City, Barcelona vs PSG dan Arsenal vs Dortmund dijangka menjadi tumpuan hangat peminat bola sepak dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Kebangsaan Harimau Muda - Bawah 23 Tahun ke Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SASARAN KE SUKU AKHIR



Mungkin bunyinya seperti angan-angan kosong. Persoalan dari peminat nanti, mampukah Malaysia layak ke suku akhir? Tapi itulah keyakinan yang ditunjukkan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Incheon 2014. Beliau meletakkan sasaran berdasarkan mutu persembahan pemain muda negara.



Seramai 20 orang pemain termasuk 3 pemain senior akan menggalas cabaran negara dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.



Cabaran sengit sudah pasti menentang Korea Selatan dan Arab Saudi. Jika pasukan Harimau Muda mampu menang dalam salah satu perlawanan kita akan ada harapan. Laos akan menjadi penentu negara mana yang akan layak ke suku akhir atas tiket dua tempat teratas setiap kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/