Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton Terbuka India 6 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Lee Chong Wei mng 21-13,21-17


Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka India 2014. Semalam Lee Chong Wei menang dalam rubber set menentang wakil China, Du Pengyu 21-17,19-21,21-14. Lawannya hari ini pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long.



Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370. Bulan lepas Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka All England dan menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan krew. Diharapkan sukan badminton akan terus merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia-China.



Sebagai rekod, dari 16 pertemuan antara kedua pemain, kedua pemain berkongsi 8 kemenangan. Lee Chong Wei menang dalam pertemuan terakhir pada Kejohanan All England 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran PC Fair 4 - 6 April 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PC FAIR 2014 (I)




Pameran komputer terbesar, PC Fair 2014 akan berlangsung esok di KL Convention Centre bermula pada 4 hingga 6 April 2014. Memandangkan PC Fair 2014 diadakan pada awal bulan, jadi bagi mereka yang baru dapat gaji boleh membeli-belah apa yang patut. Bagi peminat gajet inilah peluang anda untuk melihat dan mencuba aplikasi dan teknologi terkini.


Jangan ketinggalan okeh!


Program : PC Fair 2014

Tarikh : 4 - 6 April 2014

Tempat : KL Convention Centre (Sebelah KLCC)

Masa : 11 pagi - 9 malam

Bayaran Masuk : PERCUMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 27 - 30 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014



Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014 kembali lagi. Edisi ke-6 ini akan diadakan bermula 27 hingga 30 Mac 2014 bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bersempena dengan musim cuti sekolah, anda bolehlah membawa anak-anak ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014.



Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Bertemakan '1 World, 1 Malaysia, 1 Fiesta',  acara kali ini disertai peminat belon dari Belgium, USA, Belanda, India, Jerman, Vietnam, Perancis, Switzerland, Malaysia dan Jepun. Buat kali pertamanya kawasan berkelah disediakan untuk para pengunjung berehat sambil melihat keindahan belon-belon berterbangan.



Pelbagai bentuk belon seperti Buzzy the Green Monster Balloon, Darth Vader Balloon, Ice Cream Cone, Heart Shaped Balloon, Doraemon dan lain-lain bakal menghiasi Putrajaya. Bayaran RM 20 / seorang akan dikenakan untuk anda menaiki belon.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/