Home » , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015

Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MUSUH TRADISI


Keputusan Akhir : Man Utd 1-2 Arsenal

Bahang pertemuan dua kelab ternama Inggeris semakin dirasai. Manchester United kemarau kejuaraan Piala FA Inggeris sejak tahun 2004. Arsenal pula menamatkan badi trofi dengan menjuarai Piala FA tahun 2014. Kedua-dua kelab ini juga bersaing merebut 2 tempat ke kejohanan UEFA Champions League musim depan.



Disebabkan Piala FA Inggeris sahaja yang dilihat realistik untuk dimenangi, Louis Van Gaal dan Arsene Wenger memberikan fokus penuh terhadap perlawanan awal pagi esok. Pasukan yang menang bakal mendapat suntikan semangat dan kelebihan psikologi untuk memburu trofi dan meneruskan momentum dalam saingan liga.



Arsenal bagaimanapun tidak mempunyai rekod baik menentang United. Dalam tujuh (7) perlawanan terdahulu, United menang 5 kali dan seri 2 termasuk kemenangan besar 8-2 di Old Trafford. Prestasi terkini menunjukkan Arsenal berada pada tahap yang baik dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dan hanya tewas 2 kali dalam tahun 2015.



Pertembungan dua bekas pemain La Liga, Alexis Sanchez dan Angel Di Maria juga mencuri tumpuan. Sanchez lebih menonjol dengan 19 gol dalam musim pertama beliau di Arsenal manakala Di Maria mengalami kemerosotan ketika ini dan hanya mampu menghasilkan 4 gol sahaja.



Jika dilihat dari segi taktikal dan corak permainan, Arsenal mungkin memiliki kelebihan. Bahagian serangan Arsenal lebih tajam dengan gandingan Giroud, Sanchez dan Cazorla. United perlu memastikan bahagian tengah dikawal rapi bagi menutup ruang gerakan berbahaya pasukan Arsenal nanti.



Rooney menjadi harapan utama Louis Van Gaal untuk membawa Manchester United layak ke separuh akhir Piala Fa Inggeris musim ini. Jika seri, perlawanan ulangan bakal diadakan di Emirates pula.



Siaran Langsung Perlawanan Suku Akhir Piala Fa Inggeris 2015

Manchester United vs Arsenal


10 Mac 2015 (Selasa)

3.45 am waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 3 (816) HD (834)

Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015 "

  1. Unknown Says:

    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free
    FREE TV LINK= Arsenal vs Manchester United live free

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets