Siaran Langsung Perlawanan Chelsea vs Manchester City | Community Shield 2012
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , EPL , manchester united , sukan
Perlawanan menarik minggu ini.
Manchester City - Juara EPL menentang Chelsea - Juara Piala FA.
Chelsea agak sibuk membeli pemain musim ini. Status sebagai Juara Liga Juara Eropah membuatkan Roman Abramovich mendapatkan khidmat Eden Hazard, Marko Marin dan Oscar bagi mempertahankan gelaran Juara Eropah dan mencabar perebutan takhta EPL.
Sebaliknya pasukan Manchester City sepi tanpa kemasukan pemain baru. Tapi jika diikutkan pemain sedia ada mereka sudah cukup hebat dengan kelincahan Tevez, Aguero, Yaya Toure dan Silva.
Jadual Perlawanan Community Shield 2012/2013 | Chelsea vs Manchester City
City yang baru sahaja dinobatkan Juara EPL dalam minit terakhir perlawanan musim lepas sudah pasti ingin menebus kekalahan kepada Manchester United dalam pertemuan Piala Perisai 2011/2012. Walaupun sudah mendahului dengan 2-0, namun tindakan Sir Alex dengan memasukkan Evans, Jones dan Cleverley meranapkan harapan City pabila mereka tewas 2-3.
Highlight Perlawanan Community Shield 2011 | Manchester City 2-3 Manchester United
Perlawanan pemanas badan ini bakal memberi kelebihan dari aspek psikologi kepada pemenangnya.
Chelsea sudah pasti ingin melihat prestasi pemain baru sebelum bermula kempen EPL musim 2012/2013 seminggu selepas itu.
Persefahaman antara pemain Manchester City lebih baik kerana mereka sudah mengenali corak permainan sesama sendiri.
Buat peminat Manchester United, kita akan jadi spy untuk game ini. Eden Hazard dan Marko Marin merupakan pemain yang bagus. Mereka telah dibawa msuk untuk membantu Torres mendapatkan lebih banyak gol musim ni.
Siaran Langsung Perlawanan Community Shield 2012/2013
Chelsea vs Manchester City
12 Ogos 2012 (Ahad)
8.30 pm waktu Malaysia
Live : Astro SuperSport 3 (817) HD (831)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
August 11, 2012 at 4:48 PM
Go go go The blues ! nak jadi spy ye..hehe
[Reply to comment]