Siaran Langsung Perlawanan Akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan Badminton Olimpik London 2012 | Final Stage
Penulis: Que | Kategori: analisis , badminton , isu semasa , sukan
Jadual Perlawanan Akhir Badminton Olimpik London 2012 | Perseorangan Lelaki
Kini hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei selaku wakil tunggal negara dalam percubaan mencipta sejarah pungutan Pingat Emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik
Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong rebah di tangan pemain China dengan straight set 9-21 19-21
Terlalu banyak kesilapan dilakukan dan pemain negara sekali lagi gagal menyerap tekanan pabila beraksi di pentas dunia.
Penentuan tempat ketiga (Pingat Gangsa) - Beregu Lelaki
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Chung Jae Sung/Lee Yong Dae
Updates : MAS klh 21-23 , 10-21
5 Ogos 2012 (Ahad)
4.45 pm waktu Malaysia
Live : Astro 829 @ TV1 @ TV2
Head to head Lee Chong Wei 9 - 20 Lin Dan
Berbalik pada topik utama kita. Datuk Lee Chong Wei seperti diramalkan bakal berdepan dengan pemain ranking #1 dunia LIN DAN.
Kali terakhir kedua pemain ini bertemu semasa Perlawanan akhir Badminton All England 2012 tempoh hari. Datuk Lee Chong Wei telah menarik diri ekoran kecederaan serius yang dialaminya.
Rekod 5 pertemuan terakhir masih memihak kepada Lin Dan dengan 4-1. Kali terakhir Lee Chong Wei menang dalam Terbuka Korea 2012 awal tahun ini.
Memandangkan Olimpik London 2012 merupakan kejohanan terakhir untuk beliau, Datuk Lee Chong Wei sudah pasti ingin memenangi perlawanan malam esok.
Namun Lin Dan tidak semudah yang disangka. Permainan agresif dan psikologi Lin Dan cukup hebat. Tambahan pula dengan kelebihan tangan kiri yang jarang dimiliki oleh pemain lain.
Lee Chong Wei perlu mengambil kesempatan ke atas kesilapan Lin Dan dan meletakkan musuh beliau dalam keadaan tertekan.
Jongkong Emas bernilai RM 2,000,000 menjadi pemangkin Datuk Lee Chong Wei.
Manakala rakyat Malaysia rata-rata mendambakan Ais Krim percuma dari Baskin Robbins.
Ayuh sama-sama kita memberi sokongan sepenuh hati, jiwa dan raga kepada atlet Badminton tunggal negara.
Perlawanan Akhir Badminton Olimpik London 2012
Kategori Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Lin Dan
Updates : Lee Chong Wei klh 21-15 10-21 19-21
5 Ogos 2012 (Ahad)
8.00 pm waktu Malaysia (*Tertakluk pada perubahan)
Siaran Langsung : Astro 829
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
August 4, 2012 at 11:51 PM
he has my full support! ^^
[Reply to comment]August 28, 2012 at 7:03 PM
Lee chong wei is nice player but lin dan made it with his best performance.
[Reply to comment]