Home » , , » Manchester United 3 - 1 Chelsea | Menang Nasib?? | Bila Buku Bertemu Ruas

Manchester United 3 - 1 Chelsea | Menang Nasib?? | Bila Buku Bertemu Ruas

Penulis: Que | Kategori: , ,

Hebat..Mendebarkan..Kekecewaan..Kegembiraan.. Perlawanan malam tadi berlangsung dengan penuh kontroversi. Gol ofsaid, tackle keras, penalty missed, miss of the season. Keputusan akhir memihak kepada United dengan jaringan 3-1 mengatasi Chelsea di Old Trafford. Ramai yang mengatakan nasib je Manchester United menang. Yeah, aku pun cakap United menang NASIB! Tapi untuk jadi juara liga kekadang perlu keputusan sebegitu rupa.



manchester united vs chelsea 2011,keputusan manchester united vs chelsea,analisis perlawanan manchester united vs chelsea 18 september 2011,gol torres menentang manchester united 2011,perlawanan carling league cup 2011/2012 leeds united vs manchester united waktu malaysia,siaran langsung carling cup leeds united vs manchester united di astro,live streaming league cup leeds united vs manchester united,manchester united menang nasib



Kelibat Rio dan Vidic masih lagi tidak kelihatan di bahagian pertahanan United. Chelsea yang kembali menemui sentuhan dalam perlawanan menentang Sunderland dan Bayern Leverkusen menyimpan hasrat menamatkan permulaan cemerlang United tambahan pula Old Trafford terkenal dengan keupayaan membenam kuasa dominan kelab Inggeris. (Ayat kene bombastik sket) Kemasukan Mata dan Meireles (misteri kenapa Liverpool jual die) serta kembalinya Sturridge menyuntik sedikit tenaga dalam skuad tua itu.




Chelsea lebih banyak mengasak di separuh masa pertama. Hanya penyudah berbisa menjadi jurang antara dua jaguh EPL sejak tahun 2004 ini. Minit ke-7 Smalling menggamatkan suasana stadium dengan tandukan kemas hasil dari sepakan percuma Young. Walaupun kelihatan sedikit ofsaid, isu benteng Chelsea yang membiarkan pemain United menyerang bola itu menarik perhatian ramai pihak. John Terry sahaja yang cuba menghalang pemain United sambil diperhatikan oleh rakan mereka yang lain dengan harapan Peter Cech menangkap bola itu.


Keputusan Manchester United vs Chelsea | EPL 2011/2012 | 18 September 2011







Midfield Manchester United agak rapuh jika dibandingkan dengan trio Chelsea yang dibarisi Lampard, Ramires dan Meireles. De Gea sekali lagi beraksi cemerlang kali ini dengan menampan cubaan jarak dekat Ramires untuk menyamakan kedudukan. Turut kelihatan lagenda penjaga gol United, Peter Schmeichel bersama anaknya memberikan tepukan kepadanya. Nani pula kemudiaannya melakukan cubaan jauh menewaskan Peter Cech untuk gol ke-2 United. Seperti gol pertama, posisi Nani ketika menerima bola nampak ofsaid.



Gol ke-3 United hadir sebelum tamat babak pertama apabila clearance Terry terkena pada Nani dan jatuh tepat di depan Rooney untuk gol EPL ke-9 miliknya musim ini. Pelik kerana Chelsea lebih banyak melakukan cubaan tetapi Manchester United berjaya mendahului 3-0. Bezanya? United menyudahkan peluang terhidang dengan baik.



Kebangkitan Chelsea semakin membara tatkala penyerang kesayangan Roman berjaya menjaringkan gol ke-2 dari 24 perlawanan selepas berhijrah ke Stamford Bridge. Rooney mengimbau 'tragedi Moscow' apabila tergelincir ketika berpeluang untuk meletakkan United di depan dengan 4-1.. Ramires kemudiannya bijak melakukan thru pass kepada Torres yang hanya perlu menolak masuk bola ke gawang yang tidak dikawal namun gagal, sekaligus meranapkan impian Chelsea untuk mencuri 1 mata dalam pertemuan malam tadi.


Torres amat berbahaya sekiranya mendapat ruang melakukan larian dan through pass yang cantik. Satu-satunya kehilangan yang dirasai sejak berpindah ke Stamford Bridge. Kombinasi Gerrard dan Torres hampir membawa kejayaan kepada Liverpool dalam musim 2008/2009




Berbatov mungkin tidak selaju Hernandez, tapi amat berguna untuk mengawal bola di bahagian serangan sementara menunggu sokongan rakan yang lain



Secara personalnya aku merasakan kelemahan Manchester United masih lagi di bahagian tengah. Untuk menang liga bukan bergantung kepada 5, 10 atau 20 perlawanan. Tapi 38 perlawanan perlu ditempuhi. Pasukan paling konsisten dan mendapat tuah bakal bergelar juara. Formasi Chelsea yang menggunakan 3 pemain midfield memberi penguasaan lebih pada mereka di bahagian tengah. Sebaliknya United lebih tertumpu pada bahagian sayap yang dibarisi Nani dan Young. Sumbangan Hernandez juga agak terhad kerana tiada hantaran ke bahagian serangan. Dan orang paling gembira dalam perlawanan malam tadi tentunya Dimitar Berbatov yang bakal diturunkan pada perlawanan League Cup menentang Leeds United  pagi Rabu ini.




AWAS..Kepada pencabar Chelsea selepas ini. Chelsea antara pasukan yang berpengalaman dalam memburu kejuaraan dan mempunyai skuad yang mantap. Mereka telah bermain dalam semua pertandingan dan tahu bagaimana untuk menang. Biarpun tewas di Old Trafford pujian harus diberikan kerana semangat juang yang ditunjukkan. Manchester City mungkin sudah mula merasai kesukaran bermain 3 games dalam seminggu. Ketahanan fizikal dan mental amat perlu dalam perlawanan liga Inggeris yang sangat kompetitif. 



Manchester United membuat 8 pertukaran ketika menentang Benfica dalam UEFA Champions League dan masih pulang dengan 1 mata. Squad rotation adalah kelebihan dimiliki Sir Alex sejak 2 dekad yang lepas. Beliau akan sekali lagi merombak skuad selepas ini sebelum bertandang ke Britannia Stadium untuk melayan Stoke City yang sudah pun mengejutkan Liverpool dan mencuri 1 mata daripada Chelsea. Khidmat Chicharito mungkin tidak dapat digunakan kerana kecederaan yang dialaminya.


League Cup Third Round | Carling Cup 2011/2012


Siaran langsung Perlawanan

Leeds United vs Manchester United
21 September 2011 , 02.45 am
Live @ Astro SuperSport 3 (817)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United 3 - 1 Chelsea | Menang Nasib?? | Bila Buku Bertemu Ruas "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets