Home » , , » [Edisi EPL 2011/2012] Kenapa Arsenal kalah teruk dibelasah Manchester United

[Edisi EPL 2011/2012] Kenapa Arsenal kalah teruk dibelasah Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , ,

Hai peminat bola sekalian. Sori agak lama tak berupdate blog nih.. Mood raya nak cuti panjang baru habis semalam ;) So back to our bisnes.. Entri ni mungkin dah hampir basi sebab dah 2 minggu korang tau result perlawanan tu. Manchester United belasah Arsenal 8-2. Nampak cool kan? Tapi aku tak nak cakap lebih pasal keputusan tempoh hari untuk menjaga hati peminat Arsenal yang memang dah perit menanggung derita dengan persembahan malam tu.


"Sambungan VIDEO kelakar tahun ini"

keputusan perlawanan Manchester United vs Arsenal 28 ogos 2011,analisis perlawanan manchester united vs arsenal 8-2 2011,senarai pemain manchester united vs arsenal perlawanan epl 2011,faktor kekalahan teruk arsenal kepada manchester united,manchester united belasah arsenal 8-2 epl match 2011,faktor kemenangan bergaya manchester united,video dah highlight perlawanan manchester united vs arsenal
kredit : google


Sebenarnya bukan mudah menjadi seorang pengurus pasukan bola sepak terkenal. Cabaran yang datang memang menguji ketahanan mental mereka. Sir Alex Ferguson berjaya pada tahap sekarang bermula dengan kritikan dan hampir dipecat suatu ketika dahulu. Yang membezakan mereka sejauh mana kebijaksanaan serta kesungguhan dalam menghasilkan sebuah pasukan yang hebat dan digeruni.



Banyak cara untuk memiliki pasukan yang hebat. Ada yang gemar membeli pemain-pemain bintang, membeli pemain muda berbakat ataupun melatih pemain di akademi sejak dari kecil. Namun, untuk mendapatkan keserasian ataupun corak permainan tertentu perlu mengambil masa. Contoh yang mudahnya.. Jika kita ingin bermain secara total posession football seperti Barcelona, kita memerlukan pemain yang berkemahiran tinggi mengawal bola serta melakukan hantaran yang baik. Sebaliknya jika kita gemar bermain secara counter attacking football perlulah ada pemain yang laju dan lincah. 


Kenapa Arsenal kalah teruk dalam perlawanan itu? Ada beberapa faktor dari pengamatan aku serta kajian dari video highlight.


Video Highlight
Keputusan perlawanan Manchester United 8 - 2 Arsenal | EPL Match 28 August 2011




1. Taktik

Arsene Wenger gemar bermain posession dan counter attacking football. Kecederaan dan penggantungan 8 pemain utama nyata tidak membantu persiapan Arsenal menghadapi pasukan gergasi Manchester United. Tetapi mereka tetap bermain cara biasa untuk cuba memenangi perlawanan. Formasi yang digunakan seperti 4-5-1 @ 4-3-3. Kerapuhan benteng pertahanan mereka dihukum oleh pemain United yang berada pada prestasi terbaik. Kenapa Arsene tidak cuba bermain secara bertahan jika mengetahui pasukannya tiada harapan untuk menang malam itu? Tambahan pula ketika Arsenal bermain di tempat lawan. Umpamanya menggunakan taktik 4-2-3-1 yang lebih compact di bahagian midfield. Kadang kala ego mengatasi segalanya hinggalah kita terhantuk dari lena.






2. Pertahanan yang rapuh

Jenkinson-Djorou-Koscielny-Traore adalah kombinasi pertahanan yang lemah. Tiada leadership yang boleh memimpin barisan pemain muda ini. Tidak seperti United yang masih mempunyai Evra mengawal keadaan. Perangkap ofsaid yang seringkali gagal terutamanya nampak jelas ketika gol ke-5 Manchester United yang dijaringkan Nani. Sangat mudah apabila beliau hanya perlu melakukan chip untuk menewaskan Szczesny. Djorou pula melakukan 3-4 kesilapan yang menghadiahkan gol kepada pasukan United. Jenkinson diarah keluar padang pada 13 minit terakhir menambah luka Arsenal yang terpaksa bertahan daripada memboloskan lebih banyak gol.



3. Kecergasan

Peminat Arsenal mungkin lebih mengetahui tentang perlawanan kelayakan UEFA Champions League menentang Udinese di Italy pada hari Khamis. Keputusan akhirnya memihak kepada Arsenal dengan jaringan 2-1. Jadi masa untuk mereka kembali cergas agak terhad berbanding Manchester United yang berlatih sepanjang minggu. Ini adalah disadvantage terpaksa bermain midweek games di awal musim. Arsenal yang menghuni tangga ke-4 musim lalu terpaksa bermain di pusingan kelayakan sebelum memasuki peringkat kumpulan. [Keputusan Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League]



4. Sepakan penalti Van Persie

De Gea menjadi wira United apabila dengan mudah menampan sepakan penalti Van Persie untuk mengekalkan kedudukan 1-0 memihak kepada Manchester United. Pada firasat aku detik ini merupakan insiden penting dalam kejayaan besar United dalam perlawanan itu. Moral Van Persie for sure akan jatuh sedikit apabila gagal menyempurnakan peluang keemasan itu. Begitu juga pemain lain dalam pasukan Arsenal. Sebaliknya semangat pasukan Manchester United bertambah selepas De Gea berjaya membaca gerakan Van Persie dan sorakan penyokong menggamatkan suasana di Stadium Old Trafford. Selang beberapa minit kemudian Ashley Young menggegar jaring Arsenal dengan sepakan lencong yang menarik untuk meletakkan United selesa di depan dengan 2-0. Kalau 1-1 mungkin keputusan akan jadi lain.






5. Teknik dan taktik sepakan percuma Rooney - Young

Kombinasi yang mantap oleh kedua pemain antarabangsa England ini. Rooney dikhabarkan berlatih dengan gigih teknik baru sepakan percuma ini dan usaha itu nyata membuahkan hasil dengan 2 gol sewaktu menentang Arsenal. Memang agak sukar diselamatkan kerana penghilatan penjaga gol sedikit terganggu dengan benteng serta lencongan bola. Kredit to Rooney dan Young!



6. Pertelingkahan pemain 

Jika ada yang perasan, sebelum gol pertama Manchester United, antara Walcott dan Jenkinson ada berlaku sedikit pergaduhan berkenaan posisi Jenkinson yang sangat tinggi di bahagian kanan pertahanan Arsenal yang memudahkan Young meloloskan diri. Ekoran itu, pertahanan Arsenal tidak fokus dan akhirnya menerima padah jaringan mudah Welbeck. Untuk pengetahuan peminat sekalian, sedikit tips berkaitan defending bola tinggi dalam kotak penalti - "Jangan biarkan bola melantun atau anda akan menerima padah!"



7. Disiplin

Pertahanan muda United sangat disiplin apabila menggagalkan beberapa cubaan bahaya Arshavin dan Van Persie. Mereka juga hanya membenarkan Arsenal melakukan percubaan jarak jauh yang tidak langsung membahayakan De Gea. Rooney pula banyak membantu barisan tengah untuk merampas bola dari penguasaan pemain Arsenal. Keseluruhannya pemain United lebih cergas dan inginkan kemenangan.



8. Tuan rumah

Hehe. Faktor ni mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi. Kalau main di Emirates mungkin tidak seteruk ini. Puluhan ribu penyokong The Red Devils bersorak untuk menaikkan semangat pemain-pemain pujaan mereka.





Cuma dari segi persembahan Manchester United aku agak kurang berpuas hati dengan permainan Nani yang agak merosot setelah gol kemenangan dalam game menentang Manchester City. Decision making yang aku sebut dulu masih die tak amik pusing. Jangan ko kena tendang balik ke bangku simpanan sudahlah. Valencia pun dah mula training. Park Ji Sung pun tunggu peluang je.


Lagi 1 pasal bek kiri si Evra ni. 2-2 gol Arsenal berpunca dari sebelah kiri. Sebab tu penting fokus dan disiplin untuk jaga posisi masing-masing. Jangan kita terlalu ghairah menyerang. Mungkin Jones punya clearance tuk gol kedua Arsenal nampak kurang bijak. Kadang-kadang lebih baik kita buang bola keluar dari kita menyusahkan dan meletakkan rakan lain dalam keadaan bahaya. De Gea pun sepatutnya boleh bersuara untuk claim bola tu sebab keeper nampak apa yang berlaku di depannya. Mungkin kalau ada masa aku akan share pasal taktik penguasaan bola dan permainan simple.


Sekian ulasan aku serba sedikit pasal game Manchester United vs Arsenal.. Kalau ada pendapat lain boleh la share di sini. harap maklum..

Dari katil Que

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi EPL 2011/2012] Kenapa Arsenal kalah teruk dibelasah Manchester United "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets