Home » , , » Bila Manchester United Dapat 1 Mata | Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling

Bila Manchester United Dapat 1 Mata | Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling

Penulis: Que | Kategori: , ,

Persepsi fans dan haters berbeza-beza. Ada yang melompat bila Manchester United sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang Stoke City. Ada yang kecewa dengan Giggs apabila beliau tidak dapat menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan. Bagi aku, aku sentiasa realistik dalam apa jua keadaan. Isunya Manchester United bukan kehilangan 2 mata, tetapi bertuah kerana pulang dengan 1 mata. Pertahanan United masih menghadapi masalah untuk berdepan dengan bola tinggi.




Stoke City seperti yang aku dah nyatakan dalam entri sebelum ini [klik] memiliki pemain-pemain yang tinggi. Dan terbukti dalam perlawanan itu mereka menghukum pertahanan United yang sedikit pincang ekoran beberapa kecederaan sebelum sepak mula. Jika tidak kerana kecekapan dan ketangkasan penjaga gol muda, De Gea, Manchester United mungkin akan menerima kekalahan pertama musim ini.



Tindakan refleks De Gea menyelamatkan 3@ 4 percubaan bahaya dari Stoke City. Tapi masih ada yang menyalahkan beliau ketika Crouch mudah menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 52. Agak sukar penjaga gol untuk keluar dari posisinya apabila dihalang oleh pemain lain. Sememangnya pasukan Stoke mempunyai kelebihan dalam situasi set pieces seperti itu. Apa yang mampu dilakukan oleh pasukan lawan hanyalah mengurangkan bilangan sepakan sudut atau sepakan percuma yang dihadiahkan kepada mereka.







Ketiadaan Rooney sedikit mengganggu corak permainan United. Kecederaan Hernandez selepas 3 minit perlawanan bermula juga tidak banyak membantu. Owen dan Berbatov masih lagi memerlukan games sebelum berada pada prestasi terbaik. Stoke mengekang asakan United dengan baik di bahagian pertahanan. Tackle keras bersilih ganti dan itu yang  perlu tempuhi setiap pasukan jika beraksi di Stadium Britannia.






Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottenham masing-masing menang perlawanan mingguan mereka. Manakala Manchester United terpaksa akur dengan rekod 5 kemenangan berturut-turut telah berakhir. Fokus selepas ini beralih kepada Perlawanan UEFA Champions League menentang FC Basel.


Stoke City 1- Manchester United 1 | Full Highlights English Premier League 2011







Siaran Secara Langsung Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012

 Kumpulan C

Manchester United vs FC Basel


02.45 am waktu Malaysia , 28 September 2011 (Rabu)

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)



--------------------------------------------------------------------


Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling 2011


Full Fourth-Round Draw

Wolves vs Manchester City

Cardiff vs Burnley

Blackburn vs Newcastle

Arsenal vs Bolton

Stoke vs Liverpool

Aldershot vs Manchester United

Crystal Palace vs Southampton

Everton vs Chelsea


Jadual penuh di sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Bila Manchester United Dapat 1 Mata | Keputusan Undian Pusingan Keempat Piala Carling "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets