Siaran Langsung Final Kejohanan Badminton Dunia 14 Ogos 2011 | Lee Chong Wei vs Lin Dan
Penulis: Que | Kategori: isu semasa , sukan
Final Kejohanan Badminton Dunia 2011 telah pun diketahui. Seperti ramalan awal, Lee Chong Wei bakal bertemu Lin Dan di pusingan akhir malam ini. Dalam perlawanan separuh akhir malam tadi Chong wei mudah menewaskan seorang lagi pemain China, Chen Jin 21-13, 21-9. Walaupun pada set ke-2 Chong Wei ketinggalan 0-4, namun pengalaman serta kebijaksaan beliau berjaya memerangkap lawan seterusnya menempah tempat di final.
Lin Dan pula berhempas pulas menewaskan Peter Gade dalam perlawanan separuh akhir ke-2 awal pagi tadi. Berlangsung dalam 3 set, Lin Dan akhirnya menang 22-24, 21-7, 21-15. Permainan psikologi Lin Dan dimulakan sejak di pusingan pertama apabila beliau mengatakan keputusan di kejohanan kali ini tidak memberi kesan kerana ia hanyalah persiapan untuk kejohanan Olimpik 2012.
Juara dunia 3 kali itu mempunyai kelebihan jika dilihat dari rekod pertemuan (head to head) sebelum ini. Walaupun sekadar menjadi pilihan ke-2 kejohanan, Lin Dan telah menang 15 dari 23 perlawanan ke atas Lee Chong Wei.
kredit : tournamentsoftware
Pertemuan kali terakhir di Terbuka All England 2011 Mac lalu memihak kepada Chong wei. Mampukah Datuk Lee Chong Wei melakar sejarah baru negara?? Saksikan pertembungan epik pemain nombor 1 dunia dan juara dunia 3 kali malam ini.
China menguasai hampir keseluruhan kategori perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011
Perlawanan Pertama : 7.00pm waktu Malaysia
kredit : tournamentsoftware (jadual penuh)
Siaran Langsung Final Kejohanan Badminton Dunia 2011 | Pusingan Akhir
Lee Chong Wei vs Lin Dan
14 Ogos 2011, 7.45 pm (selepas beregu wanita)
TV 2 | Astro Arena 801 | Astro Supersport 811 | HD2 833
Visual LiveScore klik sini
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..