Home » , , » Keputusan Perlawanan EPL Manchester United vs Tottenham 23 Ogos 2011

Keputusan Perlawanan EPL Manchester United vs Tottenham 23 Ogos 2011

Penulis: Que | Kategori: , ,

Siapa kata Manchester United main tak best?? Walaupun menurunkan barisan pemain muda, United masih boleh menang 3-0 ke atas Tottenham. Hanya Evra melepasi umur 30 tahun merangkap kapten pada game awal pagi tadi. Kalau nak tau rahsia kejayaan Manchester United terus gah di EPL boleh baca entri ini. De Gea akhirnya berjaya mendapatkan 'cleen sheet' yang pertama bersama United dengan bantuan Smalling, Jones, Evans dan Evra.

"Jawab soalan mudah dan menang FREE top up"


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012


Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan keputusan 3-0. Phil Jones nampak solid di bahagian pertahanan, Ashley Young dan Nani seperti biasa memberikan masalah kepada fullbacks Tottenham. Link up play Rooney dan Welback bertambah terbaik (Berbatov pening la camni). Cleverley dan Ando mengawal midfield dengan tenang. Cuma 1st half Manchester United agak gopoh dan gagal mencipta peluang menarik.


Mengejutkan apabila Chicharito berada dibangku simpanan kali ini. Ingatkan masih direhatkan hingga game Arsenal. Ditemani Lindergaard, Fabio, Carrick, Giggs, Park & Berbatov, United mempunyai skuad yang mantap walaupun dibangku simpanan.


Ikuti sedutan perlawanan 
Manchester United vs Tottenham | EPL Match Highlight 23 Ogos 2011


Man Utd : Welbeck (61'), Anderson (76'), Rooney (87')



Purata umur barisan utama United hanya 23 tahun disebabkan beberapa kecederaan serta peningkatan mendadak pemain muda yang terus mendapatkan kepercayaan pengurusnya, Sir Alex Ferguson. De Gea (20 tahun) , Smalling (21) , Jones (19) , Cleverley (22) , Welbeck (20) antara prospek masa depan skuad Manchester United untuk 10 tahun akan datang.


Permainan yang ditunjukkan United selepas memperoleh gol pertama sangat memberangsangkan. Tottenham seolah-olah tiada jawapan kepada 'free flowing passing' oleh anak buah Ferguson. Sepertimana yang diketahui lawan United pada awal musim 2011/2012 lebih mencabar dari sebelumnya [check this out]. Selepas ini Arsenal dan Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford. Bolton dan Stoke akan menanti kunjungan United ditempat masing-masing. Bulan Oktober Liverpool dan Manchester City pulak.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012
kredit : manutd.com


Memang tepat pada masanya. Ramai pengkritik mengatakan pasukan Manchester United ialah pasukan yang 'lambat panas' atau 'slow starter'. Kali ini 6 kemenangan perlawanan pra musim serta Persiai Komuniti membuktikan United sudah bersedia awal dan berada pada prestasi terbaik. Jelas dalam perlawanan awal pagi tadi pemain United lebih fit dan tersusun berbanding Spurs yang terpaksa melupakan aksi menentang Everton minggu lalu. Jika tidak kerana kecekapan Brad Friedel mungkin Manchester United boleh menambah bilangan gol mereka.



Gol pertama hadir pada minit ke-61 apabila Welbeck dengan bijak menanduk (placing header) hantaran lintang menarik Cleverley. Kombinasi pemain muda yang hebat bukan? Brad Friedel hanya mampu melihat dan berkata 'Wow!' dalam hatinya. Asakan demi asakan United akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila Welbeck sekali lagi terlibat dalam gol kedua United. Hasil gerakan 'one two' bersama Anderson, Welbeck melakukan  'backheel' yang mengelirukan dan Ando terus menyambar untuk gol yang penting buat United melebarkan jurang.



Kegarangan United tidak berhenti di situ. Kemasukan trio Giggs, Park dan Hernandez memberikan masalah baru buat pertahahan Spurs. Dengan permainan berbaki 3 minit, Rooney menambah derita Spurs di OT apabila mudah menanduk masuk hantaran Giggsy untuk gol ketiga Manchester United. Manchester United 3-0 Tottenham Hotspur.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012
kredit : manutd.com


Mengenai persembahan De Gea, beliau menghadapi sedikit masalah di akhir 15 minit perlawanan dengan tangkapan kurang kemas dan hampir-hampir membenarkan Spurs kembali merapatkan kedudukan. Namun masih terlalu awal untuk menilai tahap sebenar penjaga gol muda yang mengisi tempat Edwin Van der Sar itu. Mungkin beliau tidak sebesar dan segagah Schemeichel dan Van Der Sar. Tapi kehebatan beliau sebagai 'shot stopper' dan 'distribution ball' yang tepat sama ada menggunakan kaki atau balingan jarak jauh tidak boleh dinafikan. Clean sheet di kubu kuat United akan memberi lebih keyakinan kepada De Gea. Dan Arsenal pasti menjanjikan serangan yang lebih bahaya dengan Van Persie, Arshavin dan Theo mampu melakukan gerakan dari kiri dan kanan.


keputusan perlawanan english premier league manchester united vss tottenham,video highlight manchester united vs tottenham,senarai pemain manchester united vs tottenham hotspur,aksi de gea di old trafford,purata umur pemain united lawan tottenham,rahsia kejayaan manchester united,manchester united vs arsenal epl 2011/2012



Kesimpulannya, pemain muda Manchester United melepasi ujian pertama di Old Trafford musim ini. Bring on The Gunners!!


p/s : Manchester United harus perbaiki attacking set pieces corner yang langsung tidak mencabar pertahanan lawan



United: De Gea; Smalling, Jones, Evans, Evra; Young, Cleverley, Anderson, Nani; Rooney, Welbeck. 
Subs: Lindegaard, Fabio, Carrick, Giggs, Park, Berbatov, Hernandez

Tottenham: Friedel; Walker, Dawson, Kaboul, Assou-Ekotto; Lennon, Kranjcar, Livermore, Bale; van der Vaart, Defoe.
Subs: Gomes, Bassong, Corluka, Huddlestone, Jenas, Townsend, Pavyluchenko

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Perlawanan EPL Manchester United vs Tottenham 23 Ogos 2011 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets