[Gempar] Sneijder bakal sertai Manchester United | Perpindahan Musim 2011/2012
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , manchester united
Setelah berminggu-minggu spekulasi siapakah pemain keempat yang akan dibeli pasukan Manchester United. Kini hampir terjawab apabila sumber berita mengatakan Inter Milan sudah menerima tawaran harga 30+ Juta Pounds untuk pemain itu. Perpindahan akan dilakukan minggu ini jika Wesley Sneijder bersetuju dengan tawaran gaji oleh Manchester United.
kredit : mirrorfootball
Mungkin Sneijder adalah pilihan terbaik bagi menggantikan tempat Paul Scholes yang bersara pada akhir musim lepas. Ketiadaan playmaker dan penjaring dari bahagian tengah menjadi masalah pada United. Mujurlah ketibaan Javier Hernandez 'Chicharito' menjadi penyelamat dengan jaringan luar jangka dalam musim pertama beliau di England.
Sneijder Bakal Gegar English Premier League Musim 2011/2012
Berita mengejut ini menambahkan kegembiraan peminat Manchester United. Valencia telah setuju untuk kekal bersama United hingga penghujung musim 2014/2015. Ahad lepas Manchester United berjaya menewaskan Barcelona 2-1 [klik] dalam perlawanan persahabatan. US Tour 2011 menyaksikan Manchester United menang kesemua 5 perlawanan dengan jumlah jaringan 20 gol.
kredit : google
Dengan pembelian 4 orang pemain baru (David de Gea, Phil Jones, Ashley Young & Sneijder) dengan jumlah harga 80+ Juta Pounds, musim 2011/2012 jelas memperlihatkan komitmen Manchester United untuk mempertahankan gelaran Juara English Premier League 19 kali dan mencabar pasukan Barcelona yang mengecewakan mereka di Finals UEFA Champions League lalu.
kredit : google
Namun usaha itu bakal dihalang oleh musuh tradisi Manchester City yang juga telah mendapatkan khidmat penyerang baru Sergio Aguero dari Atletico Madrid. Pertembungan kedua jiran ini dalam Piala Perisai Komuniti (Community Shield) hujung minggu ini membuka lembaran baru edisi Liga Perdana Inggeris.
kredit : gambar asal [klik]
Jadual perlawanan Community Shield
Manchester United vs Manchester City
9.30 pm waktu Malaysia
Live @ Astro Star Sports Saluran 813 & ESPN HD 832
Jadual perlawanan Community Shield
Manchester United vs Manchester City
9.30 pm waktu Malaysia
Live @ Astro Star Sports Saluran 813 & ESPN HD 832
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..