Home » , » Persediaan Liverpool FC vs Malaysia | Training Session 14 Julai 2011

Persediaan Liverpool FC vs Malaysia | Training Session 14 Julai 2011

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam semua.. Kembali kita ke entri sukan. 2 hari lepas aku berpeluang sekali lagi untuk melihat Liverpool FC Training Session di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau korang bace entri lepas (klik) aku sempat pegi tengok Arsenal Training Session. Siap bagi tips kat Datuk K.Rajagobal pun. Tapi mungkin dorang tak sempat nak bace kot (blog tak femes). Akibatnya Malaysia dibelasah 4-0. Jangan terus menyalahkan pasukan kebangsaan kita. Arsenal memang bijak mencari kelemahan pasukan Malaysia dan menyudahkan peluang dengan begitu baik sekali.


liverpool fc vs malaysia,liverpool traing session 14 julai 2011,liverpool asia tour 2011, latihan skuad harimau malaya di bukit jalil,charlie adam in malaysia
 Standard Chartered brought Liverpool FC for the very first time to Malaysia


Gol awal yang kita beri ketika bertemu Arsenal mengganggu strategi perlawanan. Barisan pertahanan yang juga pernah dibolosi 3 kali ketika di Taiwan memberi isyarat kepada kem Malaysia untuk memperkemaskan benteng sebelum bertemu pasukan Liverpool petang ini. Kesempatan aku meninjau latihan mereka pada 14 Julai 2011 menampakkan keserasian pasukan itu bermain dalam cuaca panas. Tambahan pula, sebelum ini mereka menang menentang pasukan Guangdong dari China 4-3 dengan Charlie Adam melakukan penampilan pertama beliau bersama Liverpool.


liverpool fc vs malaysia,liverpool traing session 14 julai 2011,liverpool asia tour 2011, latihan skuad harimau malaya di bukit jalil,charlie adam in malaysia
 Sesi latihan skuad Harimau Malaya pada sebelah petang


Jika Arsenal bermain secara possession football, Liverpool pula bakal menggunakan permainan fizikal serta hantaran jauh kepada penyerang mereka, Andy Caroll & N'Gog. Dengan Kuyt dan Joe Cole di bahagian sayap, hantaran lintang ke dalam kotak penalti boleh menyukarkan pertahanan negara. Di bahagian tengah, Raul Meireles, Aquilani, Poulsen, Spearring, Shelvey & Charlie Adam bakal merebut tempat dalam kesebelasan utama.


liverpool fc vs malaysia,liverpool traing session 14 julai 2011,liverpool asia tour 2011, latihan skuad harimau malaya di bukit jalil,charlie adam in malaysia
Sesi latihan Liverpool FC 14 Julai 2011


Ketinggian fizikal pertahanan Liverpool mungkin tidak memberi kelebihan buat skuad negara untuk bermain hantaran jauh. Sekali lagi aku menyarankan Datuk K.Rajagobal cuba tukar formasi Malaysia kepada 4-5-1 untuk menyerang dengan hantaran pendek serta menggunakan sepenuhnya kekuatan Malaysia di bahagian sayap. Tidak semestinya kita akan menang dengan 4-4-2 sekiranya penyerang kita tiada sumbangan di atas padang. Namun perubahan masih boleh dilakukan pada separuh masa kedua. Ini cuma perlawanan persahabatan yang mana perlu digunakan sepenuhnya untuk mencuba taktik yang berlainan. Eksperimen je pun.


liverpool fc vs malaysia,liverpool traing session 14 julai 2011,liverpool asia tour 2011, latihan skuad harimau malaya di bukit jalil,charlie adam in malaysia
Lebih 30 ribu penyokong Liverpool FC hadir menyaksikan pasukan kesayangan mereka


Ye aku bukan bekas pemain bola sepak yang terkenal, bukan jugak kelulusan sains sukan dari UITM, Shah Alam. So aku memang tak layak nak komen banyak. Cuma apa yang aku tulis adalah pandangan aku sebab aku dah follow bola sepak negara dan antarabangsa hampir 20 tahun. Sejak 2006 aku berjinak untuk menjadi penganalisis bola suatu hari nanti. Hehe. Masa tu aku menulis tentang bagaimana dan kenapa Manchester United menang EPL walaupun isu semasa kempen World Cup 2006 di Germany antara Rooney dan Ronaldo serta kebangkitan Chelsea di bawah Mourinho sewaktu 2 musim sebelumnya. Tapi time tu aku kurang arif pasal blog cuma yang ada akaun Friendster (ape cer friendster skrg??) Hahaha.


Aku tetap bersama pasukan kebangsaan Malaysia aka Harimau Malaya


Jom layan sedutan yang aku sempat curi semasa berada di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Liverpool FC vs Malaysia | Training Session 14 July 2011@ Bukit Jalil





p/s : Astro Arena tukar plan!! Dorang akan siar Live!! Pada yang tak dak Astro Arena boleh stay tengok kat Kafe Que. Malaysia vs Liverpool FC, 5.45 pm. Tonton live di sini. Kesilapan Malaysia masa lawan Arsenal kerana kita cuba bermain high line defence dan perangkap offside ang akhirnya memakan diri. Penjaga gol pertama pun nampak kurang pengalaman.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Persediaan Liverpool FC vs Malaysia | Training Session 14 Julai 2011 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets