Home » , , » Manchester United 4 - 1 New England Revolution | Penampilan Sulung Ashley Young

Manchester United 4 - 1 New England Revolution | Penampilan Sulung Ashley Young

Penulis: Que Haidar | Kategori: , ,

Manchester United memulakan kempen pra musim dengan kemenangan bergaya 4 - 1 ke atas kelab MLS, New England. Antara yang menarik perhatian adalah penampilan sulung pemain yang baru dibeli Manchester United, Ashley Young.Dalam perlawanan itu, Ferguson menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan Rooney dan Berbatov kembali berpasangan sebagai penyerang manakala Nani dan Ashley Young mengisi posisi sayap.

Manchester United vs New England Revolution 4-1 | Pre Season US Tour 2011



Gol New England : Kalaulah Owen tak lompat.....

Peluang terbaik di separuh masa pertama hadir pada minit ke-40 tetapi Berbatov hanya mampu menolak bola tepat ke arah penjaga gol New England. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0. Beberapa pertukaran dilakukan pada separuh masa kedua dengan memasukkan Owen, Macheda dan Ferdinand. Owen tidak menunggu lama dan memberikan gol pertama United pada minit ke -50 setelah hantaran cantik Carrick tepat menyinggah di kaki beliau sebelum melakukan penyudah berbisa.


manchester united vs new england revolution,keputusan manchester united pre sesaon us tour 2011,ashley young debut,ashley young manchester united game,macheda goals


Carrick sekali lagi menjadi arkitek untuk gol kedua apabila bijak melorongkan bola kepada Macheda 4 minit kemudian untuk meletakkan United selesa di depan. New England mendapat gol saguhati apabila sepakan percuma terkena kaki pemain kelab MLS itu sekaligus menghantar Anders Lindegaard pada arah bertentangan. Minit ke-61 hasil dari sepakan sudut pendek Nani membolehkan Macheda menambah jaringan kedua beliau apabila hantaran silang Rafael gagal dikeluarkan dengan kemas oleh pertahanan New England menjadikan kedudukan 3-1.


kredit : Metro UK


Gol tercantik perlawanan dijaringkan oleh wira Asia siapa lagi kalau bukan, Park Ji Sung (80'). Hasil dari gerakan serta skill menarik oleh Obertan di sebelah kiri dan kemudiaannya melorongkan bola kepada Park. Park dan Giggs bergabung untuk melakukan gerakan one-two dan disudahkan dengan menyungkit bola (lob) menewaskan penjaga gol New England. Gerakan pantas itu nyata gagal dibaca oleh pertahanan lawan yang terpaku melihat persefahaman yang begitu tinggi antara Giggs dan Park Ji Sung.


kredit : yahoo sport

Ulasan dari Sir Alex Ferguson, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain baru, Ashley Young (67 minit) terutamanya dari aspek hantaran lintang @ crossing kepada penyerang. Persaingan tempat bakal menjadi lebih sengit pada musim hadapan untuk posisi sayap kerana Obertan, Valencia, Park dan Young masing-masing boleh bermain di posisi yang sama.


Perlawanan seterusnya menentang Seattle Sounders pada 21 Julai 2011. jam 7.00 am waktu Malaysia. Boleh tonton secara Live di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Manchester United 4 - 1 New England Revolution | Penampilan Sulung Ashley Young "

  1. miss lolly a.k.a luvfareda Says:

    Eheee.. Yeah man u u r the best :)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. SpaQue Says:

    miss lolly : wah...man u fan gak ke??hehe

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets